fbpx

5 Vitamin Penting Diperlukan Untuk Jadikan Payudara Tegang, Montok & Sihat

Pada artikel sebelum ni kita sudah bincang tentang hormon-hormon yang mempengaruhi pembentukan payudara tegang & montok.

Untuk jadikan ia di paras stabil lagi ohsem, ada 4 vitamin asas diperlukan supaya projek pikat suami & bina kecantikan diri berjaya.

Nutrisi ini menjadi pencetus kepada hormon-hormon supaya bertugas dengan lebih efisyen & dedikasi gitu!

So, vitamin apa yang perlu kita consume? Makanan apa ada sumber khasiat ini?

Semua ni akan dijawab dalam topik kali ni iaitu vitamin penting untuk payudara indah & sihat.

Lepas ni kita akan go through satu per satu. Jom, teruskan bacaan anda!

5 Vitamin Untuk Jadikan Payudara Montok

NOTA TAMBAHAN: Sebelum ni kami pernah kongsikan tentang makanan yang membantu membesarkan payudara.

Nanti dah habis baca tips ni jemput baca tentang makanan ni ya

Vitamin A; Memelihara Kolagen Badan

Vitamin A dikenal pasti baik untuk kecantikan kulit dengan menjadikannya anjal, halus, & cantik.

Malah nutrient ini juga diperlukan oleh payudara kerana ia kaya dengan antioksidan.

Selain menghalang dari serangan radikal bebas, antioksidan juga membantu dalam menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan yang rosak disebabkan serangan tadi.

Macam terorrist lah pulak 🤭

Vitamin A juga dikaitkan juga dengan penghasilan kolagen dalam badan.

Bagi mudah faham, kolagen ibarat “gam” bagi badan. Ia berfungsi memelihara keanjalan kulit & isi dalam tubuh.

Ini termasuklah dengan bentuk buah dada. Menjadikan “Miss B” mantain firm, shape, & rounded.

Bila kolagen makin kurang dalam badan, itulah antara yang jadi punca kenapa payudara kendur & tak menarik.

Antara makanan yang ada sumber vitamin A:

1. Ikan Salmon

2. Telur Rebus

3. Keledek Manis(masak)

4. Lobak Merah

5. Bayam (mentah)

Vitamin B6; Melancarkan Peredaran Darah

Bagi ibu-ibu yang hamil tentu pernah dengar yang sebahagian doktor akan syorkan untuk ambil supplimen vitamin B6.

Antara manfaatnya adalah meransang perkembangan otak semasa tempoh mengandung & mengurangkan gejala “morning sickness”.

Tapi bagaimana nutrient ni boleh bantu anda besarkan payudara? Ia berkait rapat dengan sistem saluran darah.

Antara fungsi darah adalah membekalkan pelbagai nutrient yang diperlukan oleh badan.

Ini termasuklah pada bahagian buah dada wanita. Bila saluran darah berada tahap  cantik, maka mudah lah nutrient yang diperlukan menyerap ke bahagian dada.

Proses pembentukan payudara menjadi lancar lalu jadilah ia satu aset wanita yang mengagumkan di mata suami.

Gitu….

So antara makanan yang padu dengan vitamin B6:

1. Telur

2. Kacang Tanah

3. Beras Perang

4. Sumber Ikan

5. Kacang Soya

Vitamin C; Menjadikan Payudara Tegang & Penuh

Kita dah bincang tentang kelebihan& kepentingan kolagen di topik vitamin A.

Dengan menambah nutrisi vitamin C, kemampuan kolagen menjadi berganda.

Fungsi vitamin C (terutama C2) hampir sama macam vitamin A cuma khasiatnya lebih sharp shooter pada pertumbuhan payudara.

Hmm…kali ni macam sniper pulok😏

Antara peranan vitamin C adalah menstabilkan hormon dalam badan.

Hormon yang stabil adalah kunci sukses mendapatkan breast yang mantap.

Selain tu vitamin C juga bertugas bagi memastikan tisu-tisu payudara sentiasa terpelihara.

Ditambah pula dengan kolagen badan yang optimum, sekaligus menjadikan aset wanita ni mantain anjal, gebu, & bulat penuh.

Bukan tu je, vitamin C juga mampu mencegah dari berlakunya kanser payudara.

Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin C

1. Jambu Batu

2. Kiwi

3. Lemon

4. Laici

5. Betik

Vitamin D; Mencegah Kanser Payudara

Pada dasarnya, vitamin D diperlukan oleh badan untuk menyerap kalsium.

Kalsium sinonim dengan penjagaan tulang yang sihat & kuat.

Tapi tahukah anda, vitamin D juga penting untuk penjagaan payudara yang sihat?

Kalau nak tahu nutrisi ini berperanan dalam mengawal penghasilan sel-sel pertumbuhan payudara.

Apabila sel-sel dikawal dengan baik, risiko menghidapi kanser payudara menjadi rendah.

Hal ini dikuatkan lagi dengan satu kajian yang dibuat oleh Breast Cancer Research.

Mereka dapati wanita yang kurang mempunyai kandungan vitamin D dalam badan berisiko tinggi menghidapi barah payudara.

So bagi anda yang bukan sahaja nak cantik tapi mahukan kesihatan “miss b”, amalan pemakanan yang bersumberkan vitamin D jangan dilupakan.

Sumber vitamin D boleh didapati dari:

1. Keju

2. Ikan Salmon

3. Cendawan

4. Oatmeal

Vitamin E; Pelindung Dari UV Matahari

Untuk memiliki payudara indah anda perlu beri perhatian pada dalaman & luaran.

  • Dalaman: besar & penuh
  • Luaran: tegang & pejal

Bagi mendapatkan 2 kriteria ini maka  inilah peranan vitamin E.

Seperti A & C, vitamin ini juga dikenal pasti baik baik untuk tumbesaran payudara.

Ia menolong dengan mengawal paras kolestrol disamping menyihatkan kulit.

Sebab itu vitamin E akan jadi kandungan utama dalam mana-mana ramuan bagi produk kecantikan khususnya untuk mantapkan breast.

Tak ada elemen ni seolah-olah kurang lengkap bagi memastikan impian wanita menjadi seksi di mata suami.

Jadi di mana nak cari sumber vitamin E? Boleh didapati pada:

1. Biji Bunga Matahari

2. Kacang Almond

3. Kacang Tanah

4. Avocado

5. Mangga

Extra Tips Untuk Miliki Payudara Tegang & Montok

Sebenaranya makan sahaja tak cukup untuk besarkan payudara anda. Sebenarnya ada 2 lagi teknik asas penting yang perlu anda lakukan kalau nak cuba cara besarkan & tegangkan payudara secara alami iaitu:

Lakukan Senaman Dada

Ia membina otot bahagian dada yang dikenali sebagai pektoral.

Apabila latihan tubi dari senaman yang diamalkan, akan berlaku penghasilan sel-sel baru di bahagian tersebut.

Hasilnya, shape payudara jadi lebih firm & terletak cantik je.

Bukan tu saja, payudara pun dah tak kendur disebabkan oleh faktor menyusu, usia & sebagainya.

Kami ada kongsikan 12 teknik senaman untuk besarkan payudara. Tak perlu buat semua.

Pilih je yang mana anda rasa tak stress bila nak mulakan.

Amalkan Urutan payudara

Ini satu lagi teknik yang tak boleh diabaikan.

Ia membantu melancarkan sistem peredaran darah sekaligus memudahkan nutrient sampai di bahagian dada.

Bukan itu sahaja, amalan mengurut dapat menegangkan breast yang kendur disebabkan faktor menyusu atau usia.

Malah, boleh jadikan susu ibu bertambah-tambah meriah!

Juga kami pernah kupas tentang 8 jenis urutan untuk tegangkan payudara.

Gambar ilustrasi disediakan untuk membantu anda fahami secara visual dengan mudah.

Consume Herba Untuk Result Berganda

Tips ini related dengan topik kita yang bincangkan sekarang.

Ini kerana ada sebahagian herba yang bukan sahaja kaya dengan vitamin, malah terdapat nutrisi khusus yang boleh trigger fungsi hormon badan.

Ia akan jadikan paras hormon stabil lalu proses pembentukan payudara tegang & montok boleh berlansung dengan jayanya.

Antara herba yang mudah dicari untuk consume:

  • Halba
  • Jintan

Nota: anda tak digalakkan cuba tips ini kalau ada masalah alergi. Dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum cuba,ya.

PERHATIAN: Jangan beli produk payudara dulu sebelum cuba teknik ini

Belajar Teknik Urutan Payudara Ini & Lihat Sendiri Perubahan Sebanyak 1cm Dalam 10 Minit!

Terbukti berkesan jika anda follow step macam dalam panduan yang bakal kami kongsikan

Percuma: 4 Step Panduan Urutan Payudara (Penerangan & Animasi)

Serius nak cantik? Nak pikat suami? Jadi lebih confident? Jangan tunggu lagi.
Isi nama & emel anda di bawah sekarang.

Kesimpulan

Untuk dapatkan breast yang montok, anjal & ohsem, diet adalah elemen penting yang perlu diberi perhatian.

Bukan sahaja nak cantik je, ia mampu menjadikan tubuh badan sihat & mencegah dari pelbagai penyakit teruk.

Sebab tu perlu kita cakna tentang apa yang kita makan dalam seharian. Kalau penampilan cantik tapi tak sihat pun paroh jugo, dok?

Diharap perokongsian ini dapat membantu anda dalam memilih makanan yang kaya dengan 4 vitamin di atas supaya dapat menikmati payudara tegang, montok & sihat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.