fbpx

8 Jenis Urutan Tegangkan Payudara Secara Semula Jadi​

Pada artikel lepas, kami telah kupaskan tentang khasiat & tips urutan untuk besarkan payudara.

Kali ni kami nak kongsi dengan anda 8 jenis urutan untuk membesar & tegangkan payudara yang boleh anda cuba.

Nak tahu teknik urutan tersebut? Jom teruskan bacaan anda di bawah.

Untuk mudahkan anda baca & hadam artikel ini, kami bahagikan dalam 8 chapter. Anda boleh pilih mana nak baca dengan klik pada icon gambar.

Tak nak bebel panjang, jom kita mulakan!

Kandungan Artikel

8 Jenis Urutan Memantapkan Payudara

Klik gambar bawah kalau nak baca terus point-point yang anda ingin tahu

CARA 1
Teknik Urutan Limfatik

CARA 2
Urutan Menegangkan Payudara

CARA 3
Fat Brushing Massage

CARA 4
Urutan Untuk Menaikkan Aset

CARA 5
Teknik Urutan Payudara Gaya Jepun

CARA 6
Friction Massage

CARA 7
​Breast Slapping Massage​

CARA 8
Urutan Besarkan Payudara Secara Semulajadi

Cara 1

Teknik Urutan Limfatik

Urutan Limfatik (Lymphatic Drainage Massage) adalah salah satu teknik urutan yang pelbagai fungsi.

Ia bertujuan untuk lancarkan semula saluran limfatik yang tersekat disebabkan salah-satunya toksin badan.

Pada masa sama kaedah ini meransang fungsi hormon sekitar payudara supaya menjadikan bentuk payudara lebih menarik.

Cara ni juga sesuai diguna sebagai permulaan sebelum anda cuba pelbagai teknik massage yang lain.

Urutan Limfa ni boleh diguna pada pelbagai anggota badan. Untuk artikel kali ni kita akan fokus pada bahagian atas tubuh (upper body)

Caranya mudah:

1. Cari saluran limfa; picit & tarik ke bawah dengan tekanan yang lembut.

Salah satu saluran limfa ada di bawah ketiak. Urut & bawa ke kawasan breast.

2. Lakukan urutan; bermula dari kawasan puting & bawa ke luar di semua arah.

3. Lakukan sekitar 10 kali ulangan pada semua arah.

Teknik ini akan meransang aktiviti estrogen & membantu untuk singkirkan toksin yang terkumpul pada breast anda.

Cara 2

Urutan Menegangkan Payudara

Cara massage ni boleh dikatakan antara teknik yang common tapi masih releven dicuba.

Cara ni juga sesuai bila dilakukan bersama suami.

Sambil berterapi, boleh eratkan hubungan mesra suami isteri; tak gitu?

Begini caranya:
1. Urut payudara secara menaik dengan silih berganti bertukar tangan.

2. Ubah posisi di tepi payudara, kemudian picit secara perlahan & bawa ke tengah.

3. Ulang teknik yang sama pada payudara yang sebelah pula.

Cara 3

Fat Brushing Massage

Teknik ini pula diinspirasikan oleh seorang wanita jepun yang mahu dikenali sebagai Chiyomilk.

Apa yang specialnya teknik ni?

Beliau berjaya besarkan payudaranya dari cup B kepada E dalam masa 3 tahun.

Salah satu caranya, wanita ini amalkan urutan transfer lemak.

Apa yang menjadi big why Chiyomilk adalah setelah dicurang oleh teman lelakinya yang memilih wanita berpayudara lebih besar dari dia.

Macam drama,kan? Tapi itulah realitinya.

Dan Chiyomilk tak bergantung pada urutan tegangkan payudara semata-mata.

Dia juga mengambil beberapa supplimen yang boleh trigger hormon untuk enhance breast size.

Jadi macam mana caranya urutan tu? Kita teruskan bacaan di bawah.

Sebelum mula urutan:

Gosok tangan anda dalam bentuk bulatan sehingga rasa hangat.

Cara ni sesuai sebelum mula massage.

1. Tolak dengan tekanan sederhana dari belakang badan & bawa ke kawasan payudara.

2. Ulang teknik yang sama tapi area yang lain pula seperti bawah ketiak, rusuk, perut & sebagainya.

Lakukan urutan ini selama 5-10 minit setiap hari.

Oh ya, anda boleh lakukan sama ada keadaan baring atau berdiri.

Cara 4

Urutan Untuk Menaikkan Aset

Satu lagi cara yang anda boleh cuba adalah teknik ni.

Ia sangat menenangkan dengan urutan yang sederhana pressure & ini dapat perbaiki tekstur kulit.

Yang bestnya cara ni kita gunakan kiub ais untuk kelegaan bahagian leher selain untuk mengurut payudara.

Cara urutan:

1. Mulakan urutan bahagian leher dengan ketulan kiub ais. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah & improve rejunuvasi kulit.
Bermula dari atas, sapu ais hingga ke bawah.

2. Seperti biasa, gunakan krim atau minyak yang gosok sehingga rasa hangatnya tapak tangan.

3. Lakukan urutan secara membulat bermula dari bawah hingga ke atas.

Lakukan urutan ini selama 5-10 minit setiap hari.

Itu sahaja. Simple, kan?

Cara 5

Teknik Urutan Payudara Gaya Jepun

Ini juga antara kaedah unik untuk massage buah dada yang boleh anda cuba.

Pakar perubatan jepun percaya kita boleh pindahkan tisu adipos yang ada bawah ketiak ke bahagian payudara untuk dapatkan shape yang firm.

Namun begitu, teknik ni memerlukan urutan dengan pressur yang sederhana kuat untuk menolak ke kawasan buah dada.

Caranya ringkas je

1. Lakukan urutan dengan menolak dari bawah ketiak ke payudara.
urutan-tegangkan-payudara-jatuh
2. Kemudian anda boleh tambah cara lain seperti urutan secara membulat & sebagainya.

Seperti biasa, jalankan sesi massage selama 5-10 minit setiap hari.

Cara 6

Friction Massage

Teknik ni dipercayai antara yang paling efektif untuk trigger hormon kawasan breast.

Sebabnya cara ni akan beri kesan haba yang hangat & ini membolehkan proses penjanaan tisu payudara berlaku lebih pantas.

Cara urutan:

1. Mulakan dengan gosok telapak tangan sampai rasa hangat.

2. Letak tapak tangan pada breast supaya rasa kehangatan haba tu.

3. Mulakan urutan secara membulat bermula dari tepi sampai ke tengah.
4. Urutan membulat perlu buat dengan mengikut arah jam & sebelah lagi berlawanan.
Lakukan dalam 20-30 minit setiap sesi, 2 kali sehari (waktu pagi & malam).

Cara 7

Breast Slapping Massage

Ada satu lagi teknik pelik urutan payudara yang kami nak share.

Teknik diperkenalkan oleh therapist di Thailand yang percaya kaedah ni juga boleh besarkan payudara.

Macam mana massage ni?

Dengan menepuk-nepuk & memicit disekitar payudara.

Cara ni memang menyakitkan, tapi menurut therapist thailand ni kata, itu adalah tanda-tanda positif yang breast mula membesar.

Pelik juga…kalau anda rasa though enough why not, kan?

Caranya:

1. Sesi urutan bermula dengan sebelah tangan menampung payudara.

1. Kemudian tampar, cubit & picit (pada point-point di bawah) selama 6 minit.

Tak perlu terlalu kuat sampai memudaratkan diri

2. Kemudian gabungkan dengan kaedah fat brushing (teknik ke-3) untuk hasil lebih efektif.

lakukan aturan fat brushing seperti teknik ke 3.

Cara 8

Urutan Besarkan Payudara Secara Semulajadi

Inilah antara cara yang paling ringkas dalam urutan tegangkan payudara.
Tapi jangan pandang remeh tau.

Walaupun simple, ia masih dikategorikan teknik paling efektif untuk tegangkan semula payudara.

Untuk jadikan ia lebih optimum, anda perlu lakukan method ini 2 kali sehari sebagi rutin harian.

Cara urutan:

1. Baring dalam keadaan tenang
2. Tutup payudara dengan telapak tangan.
3. Lakukan urutan secara membulat bermula dari tepi ke kawasan payudara.
4. Kemudian pergi ke posisi tengah (kat tulang dada di tengah) & lakukan cara membulat juga.

Lakukan sesi ini sekurang-kurangnya 300 kali urutan untuk hasil yang berkesan.

Urutan ini sesuai diamalkan semasa anda baru bangun tidur sebelum nak mandi & sebelum tidur.

Tips Tambahan

1. Gunakan minyak atau krim yang sesuai.

Anda boleh cuba guna minyak halba, minyak zaitun, atau krim besarkan payudara yang ada di pasaran.

2. Lakukan secara konsisten.

Ini adalah cara tegangkan payudara secara semulajadi. Justeru anda perlu beramal secara berdisiplin.

3. Jangan Terlalu Kuat.

Dikhuatiri akan beri kesan tidak baik pada tisu payudara. Jadi urutlah dengan tekanan yang sesuai.

4. Jangan Buat Keadaan Stress.

Sebaliknya buat dengan keadaan yang tenang. Lakukan dengan perasaan yang seronok. Kalau nak beronok-ronok, ajak suami lakukan sekali.

5. Jangan Cepat Give Up.

Ini antara tips yang padu. Kalau belum berhasil cuba teknik urutan lain atau ganti dengan bahan-bahan yang terbukti berkesan.

Beri masa pada diri untuk lakukan dengan komited hingga berjaya.

PERHATIAN: Jangan beli produk payudara dulu sebelum cuba teknik ini

Belajar Teknik Urutan Payudara Ini & Lihat Sendiri Perubahan Sebanyak 1cm Dalam 10 Minit!

Terbukti berkesan jika anda follow step macam dalam panduan yang bakal kami kongsikan

Percuma: 4 Step Panduan Urutan Payudara (Penerangan & Animasi)

Serius nak cantik? Nak pikat suami? Jadi lebih confident? Jangan tunggu lagi.
Isi nama & emel anda di bawah sekarang.

Kesimpulan

Kebanyakan urutan mempunyai teknik yang hampir sama & perlu spend masa 5-15 minit setiap sesi.

Ini kerana fungsinya sama, iaitu untuk melancarkan aliran darah sekitar payudara.

Pada masa sama, ia boleh meransang hormon-hormon bagi menambahkan lagi saiz payudara & memelihara supaya tidak kendur.

Namun perlu diingat, anda perlu lakukan kaedah massage secara konsisten, gunakan minyak atau krim yang sesuai & amalkan gaya hidup sihat.

Apabila 3 elemen ini dilakukan dengan serentak, anda berpeluang memiliki bentuk payudara yang montok & kencang.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih urutan sesuai.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp