fbpx

7 Tips Penjagaan Muka Semulajadi Tanpa Guna Produk

Anda mencari tips penjagaan muka? Ada macam-macam cara yang ada kat internet ni.

Bagi kami tak ada yang salah tapi yang masalahnya tak semuanya sesuai untuk segenap jenis kulit.

Sebab lain orang lain lah jenis kulit muka & tahap sensitifnya, setuju?

Justeru kami sediakan 7 tips menjaga kulit yang hampir semua wanita boleh cuba.

Mudah-mudahan perkongsian ni dapat membantu anda memelihara kulit wajah & seterusnya menjadikan penampilan anda lelpas ni lebih letops!

Tak nak bebel banyak, jemput baca tips-tips di bawah.

7 petua Kecantikan Muka Semulajadi

Sebenarnya tak cukup nak cover semua, cuma artikel kali ni kami lebih tumpukan perkara asas untuk menjaga muka.

1. Cuci Muka Dengan Kerap

Setiap hari muka kita akan terdedah dengan kotoran seperti debu & bakteria.

Di waktu malam pula, semasa kita tidur muka akan mengeluarkan kotoran dari dalam.

Bukan tu je, sel-sel kulit yang mati juga antara penyumbang kotoran yang terkumpul di muka.

Selain tu, sisa makeup yang tak ditanggal dengan betul akan menyebabkan liang pori kulit tak dapat ‘bernafas’.

Kesannya, wajah kita berisiko kena jeragat, jerawat, kusam & sebagainya.

Sebab tu sangat dianjurkan untuk mengamalkan cuci muka dengan kerap.

Berapa kali kena buat?

Sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Yang terbaik adalah 3 kali.

Jangan lebih-lebih pulak! Nanti muka akan nampak terlalu kering.

Bukan tu je, kulit di wajah pun mudah melecet. So, berpada-pada sahaja.

2. Minum air masak bagi cukup

Salah satu penjagaan muka yang 80% berkesan;  Makesure amalkan sekurang-kurang 8 gelas setiap hari.

Cadangan kami setiap sejam disiplinkan minum air masak.

Badan yang sentiasa cukup kandungan air akan jadikan sistem peredaran darah lebih lancar.

Kulit juga akan menerima manfaat yang tak kurang juga ohsem.

Tiada lagi masalah kulit muka kering, sebaliknya lebih glowing & clean je.

Dalam jangka masa panjang pula, muka akan nampak lebih berseri.

Kesan ‘eye bag’ yang dulu ketara mulai pudar. Garis halus pun makin ‘sirna’ (pudar).

Salah satu sebab muka cepat kedut & kusam adalah badan kita tak cukup air.

So setelkan masalah tersebut dengan cara simple ni. Ya, memang terpaksa selalu masuk keluar toilet.

Tapi kalau dengan usaha ni boleh meremajakan kulit & memelihara kesihatan kita, apa salahnya dok?

3. Gunakan Krim Pelindung Sinaran Matahari

Setiap hari kita pasti akan terdedah dengan pancaran suria.

Ya, ia ada khasiat yang bagus untuk kulit tapi itu masa 8.00 pagi – 10.00 pagi ( kalau tak silap).

Selebihnya akan memberi kesan tak bagus pada kulit.

Itu yang terjadi masalah jeragat, wajah kusam & berminyak.

Sebab tu kami syorkan supaya guna sunscreen cream.

Selain menjadi pelindung cahaya matahari berlebihan, ada sebahagian krim ni kaya dengan nutrisi penting untuk kulit.

Paling penting ia mengandungi SPF (Sun Protection Factor). Paling ‘koman’ 30.

Sempena tips penjagaan muka secara semulajadi ni, kami nak share DIY suncreen.

Anda berpeluang untuk buat sendiri. Mana tahu, boleh jimat duit, kan?

Rujukan dari Healthline [Homemade Sunscreens: Can You Make One That Is Safe and Effective?](https://www.healthline.com/health/homemade-sunscreen#diy-recipes)

So, bahan-bahannya:

  • 1/4 cawan minyak kelapa (mengandungi SPF7).
  • 2 sudu teh serbuk zinc Oxide.
  • 1/4 cawan gel lidah buaya (yang terbaik adalah 100% asli).
  • 25 titis ekstrak minyak kacang walnut.
  • 1 cawan mentega shea.

Caranya:

  • Gaulkan semua bahan ini (minyak kelapa, minyak kacang walnut & mentega shea) dalam satu periuk. Gaulkan dalam suhu sederhana panas.
  • Tutup api untuk sejukkan dalam beberapa minit. Lepas tu baru masukkan gel lidah buaya.
  • Biarkan ramuan tadi sejuk sepenuhnya & kemudian baru masukkan serbuk zinc oxide. Jangan lupa gaul hingga sebati.
  • Last sekali, simpan dalam bekas bersih & diletak tempat yang kering.

Gunakan sebelum anda sedia disimbahi pancaran matahari setiap hari. Selamat mencuba!

4. Jaga Makan

Ya, pemilihan pemakanan sangat penting untuk kebaikan keseluruhan badan.

Begitu juga dalam soal penjagaan muka. Ia banyak memberi kesan besar yang baik pada penampilan diri.

Justeru ada beberapa nutrisi penting perlu ada pada makanan untuk kulit seperti:

Vitamin A

  • Mengecilkan liang pori-pori kulit – kotoran pada kulit mudah dibersihkan & potensi jerawat menghinggap rendah.
  • Pelindung Kerandangan & Infeksi Kulit– Antioksidan yang ada dalam vitamin A mampu melawan radikal bebas. Radikal bebas ini yang jadi pencetus jeragat.
  • Memudarkan Kedutan & Garisan halus wajah – pendek kata boleh jadikan kulit awet muda 20an.
  • Pelindung UV Matahari – Secara automatiknya, ia mencegah berlakunya jeragat degil di muka.
  • Meningkatkan Penghasilan Kolagen – Ada kaitan dengan awet muda tadi sebab bila kolagen dalam badan cukup, ia mampu menganjalkan kulit tubuh. So kulit tak mudah kedut, gitu.

Vitamin C

  • Mempercepatkan penyembuhan luka – Meningkatkan penghasilan kolagen lalu luka cepat jadi kering.
  • Mencegah Kulit menjadi kering– Menjadikan kulit menjadi lembap, glowing, & berseri-seri umpana bidadari.

Vitamin E

Ada sesuatu menarik tentang vitamin E iaitu ia membantu menyingkirkan kotoran pada kulit wajah.

Ini disebabkan vitamin E mengandungi emolien iaitu agen pembersih efektif. Hasilkan muka tiada kesan cela, kulit jadi bersih & berseri.

Seperti A & C, vitamin E juga melindungi sinar UV matahari, melembapkan kulit & menghilangkan jeragat.

Kalau nak tahu lagi jenis-jenis makanan yang baik untuk kecatikan kulit, kami ada senaraikan di sini. Nanti jemputlah baca, ea.

5. Bersenam

Mungkin tips penjagaan muka yang ni agak cliche, tapi tahukah anda, bersenam juga boleh buatkan wajah lebih awet muda?

Walaupun kita dah tahu pun, bersenam baik untuk kesihatan tapi kali ni kita kupas lebih sikit kenapa dengan aktiviti sihat ni boleh bertindak sebagai anti penuaan.

Rahsianya adalah “detoks”.

Semasa kita sedang bersenam, badan akan bertindak mengeluarkan peluh.

Di dalam peluh terkandung bahan buangan & salah satunya adalah toksin-toksin yang menjadi punca masalah wajah kusam.

Sebab tu kalau anda perasan, lepas je bersenam kita akan rasa segar & muka lebih berseri.

Itulah kelebihan bersenam. Tak semestinya kena angkat berat atau senaman berat.

Kalau rajin, silakan. Paling tidak dapat jogging atau berjalan kaki untuk tempoh lama pun dah memadai.

Badan sihat, otak cerdas, muka flawless gitu!

6. Detoks

Ini satu lagi tips yang tak boleh dipandang enteng.

Macam yang kami jelaskan tadi pada tips senaman.

“Toksin adalah salah satu punca berlakunya masalah jeragat, jerawat, muka kusam & sebagainya”.

Untuk atasi masalah-masalah ni perlulah kita menghalau toksin dari dalam badan.

Maka proses ini dikenali sebagai Detoks. Tips ke-6 untuk penjagaaan muka.

Ada pelbagai kaedah detoks yang anda boleh cuba. Paling senang adalah minum air bagi cukup (ya tips ke-2 tadi).

Tapi bagi anda yang nak lebih mencabar & lebih padu resultnya ada pilihan detoks boleh dicuba.

Antaranya:

1. Teh Hijau

2. Teh Halia Lemon

3. Teh Lemon Madu

Bila anda amalkan selalu jangan pula terkejut bila kawan-kawan anda (even pasangan pun) tak putus-putus “membelek-belek wajah anda sambil” memuji keindahan yang berlaku pada wajah anda.

Ok, terlalu hiperbola tapi maksud yang kami nak sampaikan adalah wajah anda lebih berseri tanpa cela.

7. Tidur Bagi Cukup

Ini antara masalah zaman sekarang ni. Kenapa?

Tanpa sedar kita mudah & sengaja melambat-lambatkan waktu tidur.

Kesannya berlakulah masalah waktu tidur yang tak cukup.

Bangun pagi rasa lesu, cepat-cepat marah & seharian rasa tak produktif.

Hey! Jom ubah tabiat ni mulai hari ini!

Tidur yang tak cukup akan menyebabkan kita mudah jadi stress.

Bila stress bukan sahaja mudah dihinggapi penyakit depresi, muka pun mudah jadi lebih tua dari usia.

Jadi berkedut & mula lah timbul garis halus di permukaan wajah.

Yea, ini serius & pernah berlaku di kalangan keluarga admin.

So petua kecantikan muka kali ni simple je; tidur bagi cukup. Sekurang-kurangnya 6-8 jam.

Kesimpulan

Apa point yang kami nak sampaikan sebenar?

Tak semestinya kalau nak jaga muka kena pakai skincare. Boleh saja cuba cara semulajadi kalau anda mahu.

Cuma anda perlu bersabar kalau pilih ‘jalan’ natural ni sebab ia memakan masa lebih lama berbanding guna produk.

Kalau nak hasil cepat, gunalah produk. Tapi pastikan semak dahulu infonya sebelum beli. Jangan biarkan diri mudah terpedaya dengan ayat-ayat iklan yang menggoda tuh!

Dan bila anda pakai produk pula jangan lah terlalu bergantung pada produk semata-mata. Amalkan juga gaya hidup sihat macam yang kami syorkan di atas.

Minum air bagi cukup, tidur bagi cukup, cuci muka & sebagainya.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda tentang tips penjagaan muka secara semulajadi.

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.