fbpx

Salam Aidilfitri 2020 & Update JEMARIMAS

Assalamualaikum & hai,

Terima kasih kerana terus bertandang ke blog ni.

Sejak 2017 lagi, kami telah harungi segala suka duka & pahit manis dalam berkongsi tentang tips penjagaan payudara.

Malah kami pernah review produk yang sesuai untuk mantapkan aset & seterusnya menambah nilai untuk hidupan harian pengguna.

Ada juga yang beri feedback positif hasil dari bacaan artikel & penggunaan produk.

Terima Kasih daun keladi.

Justeru, untuk tahun 2020 ini, kami merancang untuk kembangkan lagi skop perbincangan kita.

Bukan lagi tertumpu pada topik sebelum ni. Akan lebih besar lagi.

Iaitu tips kecantikan secara general.

So nanti kita akan kupas tentang penjagaan muka, kulit, kosmetik, gaya hidup & seangkatannya.

Kami akan menambah posting baru dari semasa ke semasa.

Mungkin tak terlalu kerap.

Tapi kami pastikan setiap keluaran artikel ada info yang padat yang berguna untuk anda kelak.

Sebenarnya kami dah ada platform media sosial di fb, ig, & twitter cuma belum dapat aktif sepenuhnya.

Bersawang Yakmat!!!

Insya Allah, sedikit masa lagi 3 medsos ini akan mulai aktif dengan content-content bermanfaat untuk pembaca, untuk pelawat.

Akhir kata, sempena bulan syawal + PKPB ini, kami dari warga kerja JEMARIMAS ingin mengucapkan,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Stay Safe, Stay at Home.

Jumpa lagi pada posting akan datang.

Ikhlas,
Editor JEMARIMAS

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.