fbpx

6 Punca Kulit Kusam Yang Menyebabkan Muka Jadi Gelap & Tak Bermaya

Manusia (khususnya wanita) secara fitrah sukakan sesuatu yang cantik & indah. Baik pakaian mahupun perhiasan.

Ini termasuklah dengan penampilan wajah; nak kelihatan glowing & falwless gitu.

Tapi dengan persekitaran luar pada zaman sekarang sangat mencabar nak jaga muka. Setuju?

Kalau diabaikan sudah tentu akan menyebabkan masalah muka paling ditakuti oleh majoriti kaum  hawa iaitu kulit muka kusam.

Tapi apa punca yang jadi penyebab muka jadi kusam? So dalam artikel ni kita akan kupas persoalan ni satu persatu.

Macam biasa yang selalu kami suka jelaskan; bila dah tahu punca, kita akan mudah nak cari jalan nak setelkan sesuatu problem.

Apa itu kulit kusam & tanda-tandanya?

kulit-muka-kusam

Merupakan salah satu masalah berkaitan rupa paras wajah yang dialami oleh setiap orang. Baik lelaki mahupun wanita.

Yang mana penampilan seseorang individu akan nampak macam:

  • Tak bermaya
  • Lesu
  • Tona kulit tak sekata

Mungkin sebahagian individu tak perasan yang mereka ada masalah kulit kusam ni melainkan bila orang tegur, baru sedar. So kita tengok pula:

Tanda-tanda muka kusam

Seseorang yang alami masalah kulit muka kusam akan mempunyai tanda-tanda berikut:

  • Kulit nampak kering & gelap.
  • Munculnya garis-garis halus .
  • Mempunyai “eye bag”, iaitu lingkaran gelap bawah mata.
  • Mengalami kulit berminyak.
  • Muncul bintik-bintik kecil & jerawat kecil.

Sebab itu individu yang bermasalah muka kusam akan dilihat seakan tak ceria & tidak sihat. Sedikit sebanyak boleh jejaskan penampilan & keyakinan diri.

Punca-punca masalah kulit kusam

Sekarang jom kita lihat apa sebab musabab berlakunya masalah kulit muka kusam. Jom!

1. Stress

Macam mana stres boleh beri kesan pada rupa paras anda?

Semasa stress badan menghasilkan hormon iaitu kortisol.

Kandungan kortisol dalam badan yang kecil sebenarnya beri kesan positif pada individu.

Ia meransang semangat daya kerja, produktiviti dan fokus dalam melakukan urusan harian.

Tapi bila terlalu banyak tu yang tak baik untuk kesihatan & of course untuk kecantikan muka.

Sebab ia akan jadi gangguan psikologi  serta memberi kesan negatif pada fizikal & mental.

Salah satu bahagian yang boleh dilihat kesannya adalah muka.

Antara tanda-tanda:

  • Jerawat.
  • Kegatalan.
  • Bintik-bintik merah.
  • Muka jadi berminyak.

Antara aktiviti yang boleh menyumbang gelaja stress:

  • Kurang tidur.
  • Terlalu fikirkan masalah sampai ‘terbawa-bawa waktu tidur’.
  • Kurang bersenam.
  • Terlalu mengejar kesempurnaan.

So, jangan ambil remeh soal stress ni, ok? Muka bukan takat jadi kulit kusam berminyak tau.

Risau membawa masalah depresi melampau.

2. Dehadrasi

Apa tu dehadrasi? Ia adalah masalah kekurangan air dalam badan.

Analogi macam tomato; bila segar nampak ranum & gebu.

Bila membusuk; kecut & warna dah jadi keperangan.

Begitu juga dengan kulit muka kita. Bila kandungan air kurang dalam badan, bukan je kan menyebabkan kulit kering dan kusam, muka pun akan nampak tua sebelum usia!

Secara asasnya ada 2 punca penyebab dehidrasi

1. Kurang minum air

Manusia perlu ambil 2-3 liter setiap hari.

Air yang cukup dalam badan akan beri kesihatan meyeluruh pada tubuh & kenjalan kulit.

Tapi biasalah kita ada masa malas nak minum air. Sebabnya tak sanggup nak pergi balik toilet.

Tapi lagi tak bagus bila malas minum air. Muka jadi pucat macam orang sakit.

2. Tidak pakai pelembap kulit muka

 

Ini pun satu lagi perkara yang perlu kita ambil berat. Sebenarnya besar manfaat pelembap kulit pada muka.

Salah satunya adalah melindungi kulit muka menjadi:

  • kering
  • tegang sampai jadi tak selesa.
  • Garis-garis halus wajah muncul & makin jelas.

So nanti rajin-rajinkan diri dep dep kan pelembap muka ok?

3. Faktor Umur

Sebagai manusia, ini adalah faktor yang berlaku secara fitrah.

Semasa usia semakin bertambah proses pertumbuhan sel-sel baru jadi semakin perlahan. Salah satunya sel-sel baru bahagian kulit.

Bila sel-sel baru makin kurang dihasilkan, sel-sel mati mulai menimbun dengan banyaknya.

Kesannya situsi ni menjadi penyumbang kepada gejala kulit kusam terumatanya di bahagian muka.

Selain tu kesan perubahan muka akan alami gelaja berikut:

  • Mudah kena sunburn dari sinaran UV mathari.
  • Wajah semakin berkedut.
  • Garis-garis halus timbul bertambah banyak lagi ketara.

Kalau tak nak nampak tua terlalu awal, jadikan ulam-ulaman sebagai kunyahan harian.

4. Sel-sel kulit mati yang banyak

Setiap hari sel-sel baru akan lahir menggantikan yang sudah rosak & mati.

Tapi, bila sel-sel mati ni terlalu banyak di muka maka ia jadi penyumbang gelaja kulit muka kusam dan gelap berlaku.

Ditambah pula bila tak basuh muka dengan bersih & secara berdisiplin, sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan.

Seperti sebuah tingkap.

Debu-debu yang menebal di permukaan tingkap akan menyebabkan sinar matahari sukar nak tembusi dalam rumah.

Kesannya rumah pun nampak suram, tak ceria.

Umm…harap awak fahamlah ya perumpamaan kami bagi ni ya?

5. Diet tak seimbang

“Kita dalah apa yang kita makan”

Yes, ungkapan ni sangat logik. Lebih-lebih lagi dalam konteks penjagaan kulit wajah.

Tak dinafikan zaman sekarang kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan makanan yang sedap.

Asal ada yang viral confirm kita teringin nak rasa keenakan makanan tersebut.

Tapi hakikatnya, tak semua baik untuk kecantikan muka.

Especially kalau makanan kita pilih ada unsur-unsur:

  • Kafien
  • Gula (berlebihan)
  • Garam (berlebihan)
  • Alkohol (bagi non-muslim)

Inilah 4 unsur ‘terlarang’ tapi sangat ‘tempting’ (menggoda) bila dihidang depan mata.

Sekali rasa, selera terbuka.

Bila anda ambil secara berlebihan, itulah yang punca berlakunya kulit kusam dan gelap.

Bukan tu je, badan pun senang naik & banyak baju tak boleh pakai. Tak ke haru camtu?

6. Penggunaan Produk Skincare Yang Bahaya

Sebelum tu kami nak buat disclaimer:

“Tak semua produk skincare tak bagus & sampah. Kami perlu bijak memilih sebelum guna.”

Ok, kembali topik kita.

Macam mana produk skincare jadi penyebab kulit kusam?

Begini.

Apabila kandungan dalam skincare tersebut menghapus sel melanocytes.

Apa itu sel melanocytes?

Ia salah satu sel dalam badan yang berperanan menghasilkan melanin.

Melanin pula sel yang mempengaruhi warna kulit manusia.

Sepanjang anda menggunakan produk ni kulit mungkin akan jadi lebih cerah, putih melepak. Belum ada lagi masalah.

Problemnya akan timbul bila anda stop guna produk tersebut.

Apa akan jadi? Kulit akan mengalami proses penyembuhan.

Sel melanocytes lahir semula lalu menghasilkan pigmen melanin.

Maka masa tu lah kulit akan alami kekusaman yang teruk.

Jadi ideanya adalah, pastikan semak dulu bahan diguna oleh produk tu sebelum beli & pakai.

Kita dah kenalpasti punca-punca yang jadi penyebab kulit kusam & kering. Kita pergi next chapter iaitu:

Cara mengatasi kulit muka kusam

Sekarang kita di fasa pemulihan bagi mengembalikan wajah menjadi glowing & flawaless.

Untuk itu kita akan guna cara semulajadi; membosankan tapi efektif.

Dan cara ni tak lah susah sangat. Kunci utama adalah “Gaya Hidup Yang Sihat”.

Dalam erti kata lain, segala aktiviti dilakukan seharian yang boleh meningkatkan kualiti hidup supaya tak mudah diserang penyakit.

So anda boleh cuba dengan cara-cara berikut:

1. Cuci Muka Dengan betul

Kalau nak tahu inilah tips basic yang selalu dipandang sepi kebanyakan orang tapi saaaaaangat berkesan.

Kenapa?

Secara asasnya, membasuh muka membantu untuk buang segala benda-benda kotor kat muka. seperti sel-sel kulit mati, minyak & debu.

Semua ni yang buatkan pori-pori kulit tersumbat.

Itu yang membuatkan kulit muka kusam, berjerawat, jeragat dan macam-macam ada!

Satu lagi kekerapan membasuh muka pun kena ambil kira. Disiplinkan diri membasuh muka 2 kali sehari.

2. Kekalkan Kelembapan Untuk Cegah Kulit Kusam

Ingat lagi kenapa kulit jadi kusam? Kulit jadi kering. So nak atasi kenalah jaga kelembapan kulit. Ada 2 cara basic nak bagi lembap.

  1. minum air kosong dengan banyak.

Nilah teknik cliche yang sangat efektif. Bukan je untuk lembapkan kulit, malah berfongsi sebagai detoks.

Buang toksin-toksin keluar dari badan. Bila badan bersih mudah nak serap nutrient badan.

2) pakai krim pelembap

Sebaiknya cari krim yang boleh lindungi sinaran uv matahari.

So apa bagusnya? Kulit tak kusam, muka pun takde jeragat.

3. Pastikan Kulit Cukup Nutrisi

Nak kulit cantik kena bagi sumber nutrient terbaik untuk kulit.

Salah satu cara adalah pilih makanan yang kaya sumber nutrient untuk kulit.

Kalau penggunaan krim untuk penjagaan luaran, pemakanan pula untuk memastikan kecantikan kulit secara dalaman.

Nutrisi ini akan trigger badan untuk gantikan sel-sel mati dengan baru.

Hasilnya muka akan glowing, muka jadi cantik, ramai mata melirik-lirik.

Badan pun jadi sihat susah nak kena penyakit.

Kami ada sajikan jenis-jenis makanan yang baik untuk kesihatan & kecantikan kulit wajah. Baca kat sini kalau nak tau lebih lanjut.

Penutup

Kita dah sampai bahagian akhir. Kesimpulannya adalah kalau anda inginkan kulit wajah yang berseri & halus maka perlu ambil berat soal gaya hidup.

Baik dari segi pemakanan, gaya hidup, & persekitaran. Semua tu kena cakna supaya dapat hasil yang diinginkan.

Kawal stress dengan lakukan senaman, rehat yang cukup, & bermeditasi seperti berzikir, doa & sebagainya.

Semoga anda mendapat manfaat dari prkongsian ini tentang punca-punca berlakunya masalah kulit kusam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.