fbpx

12 Jenis Minuman Sihat & Enak Ini Boleh Mantapkan Payudara Anda

Tengah mencari cara nak mantapkan breast yang santai tapi sihat? Apa kata anda cuba tips dalam artikel kali ni.

Kami kongsikan 11 jenis minuman yang sedap & kaya dengan khasiat untuk kesihatan & kecantikan

dan paling penting…

Minuman ini berpotensi membantu anda untuk dapatkan bentuk payudara yang bukan sahaja cantik, tapi pejal, montok, & gebu.

So, teruskan membaca tips-tips di bawah.

Kandungan Artikel

12 Minuman Untuk Anjalkan Payudara

Klik gambar bawah kalau nak baca terus point-point yang anda ingin tahu

MINUMAN 1
Teh Betik

MINUMAN 2
 Teh Halia

MINUMAN 3
Teh Red Clover

MINUMAN 4
Teh Jintan 

MINUMAN 5
Teh Saw Palmetto

MINUMAN 6
Teh Spearmint

MINUMAN 7
Milkshake Betik Muda

MINUMAN 8
Bush tea

MINUMAN 9
Teh Herba Majmuk

MINUMAN 10
Banana & Almond
Milkshake

MINUMAN 11
Smoothie Buah

MINUMAN 12
Smoothie Avocado

1. Teh Betik

Betik adalah salah satu buah-buahan yang dikatakan efektif untuk besarkan breast.

Ini kerana ia mengandungi enzim yang special & vitamin A yang boleh meransang pembinaan hormon-hormon wanita seperti estrogen & progesteron.

Hasilnya tisu-tisu baru mula bertambah bahagian dada & ini akan menjadikan shape breast anda lebih mantap.

Resipi Teh Betik

  1. Buang kulit & potong bentuk dadu kecil.
  2. Rebus potongan tadi ke dalam air panas.
  3. Biar selama 30 minit & padam api.
  4. Kemudian tuangkan bersama potongan betik tadi dalam cawan.
  5. Biarkan suhu air tersebut menjadi suam.
  6. Tambahkan susu segar & rasai kelazatannya.

2. Teh Halia

Halia; siapa tak kenal memang saje,kan? Nampak sangat tak sentuh dapur.

Halia berkhasiat dalam membantu lancarkan aliran darah dalam badan supaya nutrient-nutrient penting untuk breast mudah diserap.

Tambahan pula ia kaya dengan vitamin C, magnesium & nutrient lain yang terlibat untuk develop payudara.

Menariknya, herba ini dikatakan berpotensi mencegah pengamalnya dari risiko kanser.

Wow, best kan?

Bila anda amal teh halia ni, cantik dapat sihat pun dapat!

Resipi teh halia

  1. Potong halia kepada beberapa hirisan nipis.
  2. Panaskan 1 setengah cawan air dalam periuk.
  3. Masukkan hirisan halia tadi ke dalam periuk.
  4. Panaskan selama 2 minit & tuang ke dalam cawan.
  5. Biar suhu menjadi suam & nikmati aromanya yang menyegarkan.

Kalau tak selesa rasanya boleh tambah madu untuk jadikan minuman ini lebih sedap.

3. Teh Red Clover

Pernah dengar pasal herba ni?

Ia adalah sejenis bunga (herba) yang subur di Eropah, Asia Barat, & barat laut Afrika.

Red clover mempunyai nutrient yang special untuk enhance saiz breast anda.

Macam mana tu?

Ia mengandungi isoflavon; iaitu hormon yang serasi dengan estrogen (hormon wanita).

Bila consume herba ni dengan konsisten, isoflavon tu tadi akan meransang fungsi estrogen.

Lalu anda akan rasai perubahan saiz payudara tu nanti.

Bukan tu je, tona kulit akan mulai sekata, boleh jadikan buah dada cantik, & melancarkan aliran darah dalam badan. Sememangnya, ia berbaloi untuk dicuba.

Resipi Teh Red clover

  1. Gunakan air panas & tuang ke dalam cawan.
  2. Masukkan 3 – 4 kuntum bunga Red Clover & rendam selama 30 minit.
  3. Amalkan 2 kali sehari untuk rasai hasil yang mengujakan.

Mungkin anda akan terfikir: Mana nak dapat Red Clover nih?

Ya, herba ni memang rare & tak semua market ada jual sebab ia bukanlah antara herba most demand kat malaysia.

Tapi kalau anda teringin & komited nak try, boleh cari di Amazon.

Selalunya herba eksotik macam Red Clover ada dijual. Agak mahal, tapi why not kalau berbaloi, kan?

4. Teh Jintan

Sebenarnya , sudah berabad amalan minum teh jintan diguna untuk besarkan payudara.

Ini disebabkan jintan kaya dengan flavanoid yang menjadi booster untuk hormon estrogen.

Ia akan menjadikan bentuk buah dada montok & terletak.

Malah teh jintan ini dikatakan berkhasiat untuk penghadaman, & memelihara organ badan supaya lebih sihat.

Resipi Teh Jintan

  1. Masukkan 2 sudu teh jintan dalam secawan air panas (300-500ml).
  2. Biarkan rendam selama 5 minit.
  3. Kemudian tapis untuk dapatkan airnya sahaja.
  4. Tambahkan sedikit madu untuk dihirup dengan nikmatnya.

Amalkan 2 kali sehari untuk rasai perubahan diidamkan.

5. Teh Saw Palmetto

Satu lagi herba rare untuk membesarkan payudara yang menarik untuk dikongsi dengan anda adalah saw palmetto.

Saw Palmetto sudah diamalkan sejak beratus tahun dahulu oleh masyarakat tamadum Maya.

Para pengkaji mendapati ia telah digunakan sebagai cara untuk memantapkan aset kaum hawa zaman tu.

Tak berhenti di situ, herba ini telah dikaji oleh para saintis & mereka dapati herba ini juga baik untuk merawat masalah kesihatan lelaki.

Selain itu, ia juga bagus untuk mengecah masalah penghadaman & jangkitan urine.

Resipi Teh Saw Palmetto

  1. Panaskan air dalam periuk kecil.
  2. Masukkan 2 sudu teh sebuk saw palmetto ke dalam periuk tadi & kacau selama 2 minit.
  3. Kemudian tapis & masukkan ke dalam cawan.
  4. Tambahkan 2 sudu madu sebagai penyedap rasa & aroma.
  5. Biar suhu menjadi suam & hiruplah ia semasa masih lagi warm.

Saw palmetto ni pun memang rare di market macam red clover.

Bagi yang nak cuba, boleh layari di Amazon untuk info lanjut & tempahan secara online.

6. Teh Spearmint

Bagi anda nak mencuba minuman untuk menambah saiz payudara dengan rasa sejuk-sejuk yang nyaman gitu, boleh try teh ini.

Spearmint kaya dengan anti-androgen.

Ia bukan sahaja menggalak penambahan saiz breast malah berfungsi sebagai “road block”.

Iaitu ia mengahalang penghasilan hormon testosterone, hormon dominan yang ada pada lelaki.

Testosterone berlebihan juga antara punca masalah payudara sukar membesar.

Antara khasiat lain spearmint:

  • Mengawal & seimbangkan hormon.
  • Meningkatkan kesihatan pernafasan.
  • Mengawal tekanan darah.

Tips mengamalkan teh spearmint:

  • Consume 1-2 kali sehari sudah mencukupi.
  • Untuk rasa yang berganda, anda boleh tambah dengan serai & madu sebagai penambah perisa.

7. Milkshake Betik Muda

Bagi anda yang sukakan betik & mahu cara consume lebih mudah, jom cuba resipi ni. Milkshake betik muda.

Ia kombinasi hebat di mana gabungan 2 bahan yang kerap diguna untuk membesarkan breast.

Cumanya kali ni kita mengguna betik muda untuk hasil yang berkesan.

Kenapa pilih betik muda?

Ini kerana betik muda dikatakan kaya dengan hormon peransang estrogen.

Malah ia juga boleh diguna sebagai mengawal berat badan.

Jom buat susu betik milkshake

Bahan-bahannya:

  1. Sebiji betik muda bersaiz sederhana.
  2. Setengah cawan susu segar (boleh gantikan dengan soya atau yogurt).
  3. Sedikit gula (boleh letak madu kalau nak rasa lebih sedap).
  4. Beberapa ketul kiub ais.

Ok cara nak buat pula:

  1. Buang kulit & potong betik menjadi kiub-kiub kecil.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam blender
  3. Kisar sehingga sebati (sekitar 1-2 minit)
  4. Sudah sedia untuk diminum.

8. Bushtea

Bushtea adalah gabungan 9 herba eksotik yang selalu diguna oleh pengamal remedy iaitu:

  • Fennel (jintan)
  • Fenugreek (halba)
  • Licorice
  • Caraway seed
  • Dill
  • Basil
  • Lemongrass (Serai)
  • Anis (Bunga cengkih)
  • Marjoram

Sebahgian herba ni kami pernah kupas tentang khasiatnya untuk mantapkan payudara.

Apa khasiatnya?

Kombinasi herba ini menjadikan ia kaya dengan dengan:

  • Antioksidan.
  • Polyphenol.
  • Kalsium.
  • Zat besi.
  • Vitamin C.

Manfaatnya bukan sekadar pada breast, malah membantu

  • Mendapatkan tidur yang lena.
  • Meningkatkan kesihatan jantung.

Satu lagi yang menarik, ia bebas dari kafien yang menjadi penghalang pembesaran payudara.

9. Teh Herba Majmuk

Ini satu lagi petua yang boleh dicuba iaitu Teh Herba Majmuk.

Huh, meriah sungguh namanya.

Teh ni pun main combine herba-herba lain juga, cuma tak semeriah bush tea yang atas tu.

Teh ni menggunakan 3 kombinasi herba special sebagai booster untuk boostkan saiz payudara.

Iaitu halba, jintan, & licorice.

Gabungan 3 herba ini membantu untuk meransang hormon estrogen yang akan menggalakkan tisu-tisu & lemak-lemak baru bahagian buah dada.

Malah ia juga satu minuman kesihatan yang tak rugi untuk cuba.

Resipi Teh Herba Majmuk

  1. Masukkan 2 cawan berisi air dalam periuk kecil.
  2. Panaskan dengan api yang sederhana.
  3. Masukkan 3 sudu teh herba; 1 jitan, 1 halba, & 1 serbuk licorice dalam periuk tadi.
  4. Biarkan selama 10 minit supaya sebati.
  5. Tutup api & masukkan ke dalam cawan.
  6. Tambahkan 1 sudu madu & 1 sudu perahan lemon untuk sentuhan rasa yang fresh.
  7. Nikmatinya 2 kali sehari untuk result yang mengujakan.

10. Banana & Almond Milkshake

Anda suka minuman yang mengasyikkan & ada manfaat untuk payudara?

Apa kata cuba resipi banana milkshake ni.

Yang specialnya, kita gunakan susu almond sebagai pelengkap ramuan.

Rasanya lembut, ringan, lemak-lemak & dah tentu ada rasa kacang.

Resipi ini sesuai bagi mereka yang ingin tingkatkan fungsi hormon-hormon wanita.

Ini kerana nutrient magnesium yang ada dalam pisang itu yang menjadi faktor,

Secara tak lansung, ia membantu menambah saiz & montokkan payudara.

Resipi banana milkshake

  1. Potong beberapa biji pisang menjadi potongan kecil.
  2. Masukkan bersama susu almond dengan pisang tadi ke dalam blender.
  3. Kisar sehingga sebati
  4. Sedia untuk dinikmati di waktu anda ingini.

11. Smoothies Buah

Apa lagi minuman yang santai-santai yang boleh dapatkan breast yang montok? Dah tentu kami nak suggest satu lagi resipi yang ni.

Smoothies Buah yang sihat.

Ia menggabungkan bahan-bahan yang sedap, berkhasiat, & boleh  anda rasai sendiri hasilnya secara semulajadi:

  • Oren
  • Strawberi
  • Kiwi
  • Yogurt asli
  • Serbuk flaxseed
  • Timun
  • Dan anggur

Vitamin & zat-zat yang ada dalam buahan ini bukan sahaja kaya dengan antioksidan.

Pada masa sama ia membekalkan tenaga pada badan supaya tak lesu sepanjang hari.

Malahan minuman ini akan meransang pertumbuhan sel-sel baru bahagian breast.

Secara tak lansung, anda bakal menikmati gaya hidup yang sihat sambil memiliki bentuk payudara yang seksi.

Bahan-bahannya:

  • 4-5 biji strawberi yang sudah dibasuh & dibuang tangkai.
  • 1 cawan jus anggur.
  • 1 biji limau sunkist yang dibuang kulit.
  • 1/2 biji timun.
  • 1 biji kiwi yang sudah dipotong & dibuang kulit.
  • 1/2 cawan yogurt yang plain.
  • 1/2 sudu teh flaxseed.

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan tadi & kisar.
  2. Nikmati kesegaran smoothies ini di awal pagi.

12. Avocado Smoothies

Yang terakhir, Smoothies Avocado.

Satu lagi nutrient yang diperlukan untuk dapatkan aset mantap adalah lemak sihat.

Atau orang kata, monosaturated fat.

Lemak jenis ni kalau senang faham, ia tidak menjejaskan kesihatan sebab mudah dibakar untuk membekalkan tenaga.

Berita baiknya, lemak monosaturated ini juga membantu untuk besarkan payudara & ia ada dalam avocado.

Menarik, kan?

Untuk menjadikan resipi minuman ini lebih superb dan efektif,

Ia perlu ditambah dengan beberapa bahan-bahan lain yang tak kurang hebat manfaatnya:

  • 1 biji avocado yang dipotong kecil.
  • 1 cawan sayur kale yang dibuang tangkai.
  • 1/2 cawan bluberi organik.
  • 1/2 cawan jus nenas.
  • 1 cawan bayam kecil.
  • 1/2 biji hirisan timun.
  • 1 cup air kelapa.

Sekarang, mari kita mulakan operasi!

  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
  2. Kisar sehingga sebati & siap.
  3. Smoothies avocado sedia untuk dihirup sehingga habis.

Jangan terkejut kalau lepas ni ada yang puji sebab anda kelihatan muda sebelum usia.

PERHATIAN: Jangan beli produk payudara dulu sebelum cuba teknik ini

Belajar Teknik Urutan Payudara Ini & Lihat Sendiri Perubahan Sebanyak 1cm Dalam 10 Minit!

Terbukti berkesan jika anda follow step macam dalam panduan yang bakal kami kongsikan

Percuma: 4 Step Panduan Urutan Payudara (Penerangan & Animasi)

Serius nak cantik? Nak pikat suami? Jadi lebih confident? Jangan tunggu lagi.
Isi nama & emel anda di bawah sekarang.

Kesimpulan; Nak Mantapkan Payudara Itu Seronok

Banyak cara yang kita boleh pilih dalam usaha nak mantapkan payudara.

Dan ini adalah kaedah yang bukan sahaja santai, malah penuh dengan khasiat yang memberi kesan baik pada badan.

Sememangnya kita inginkan penampilan yang menarik namun kesihatan diri perlu diutamakan.

Ini supaya kita boleh menikmati hari-hari dengan baik dengan mendapat bentuk badan yang menarik,

seterusnya lebih berkeyakinan diri.

Semoga perkongsian ini akan memberi satu idea baru kepada anda tentang cara nak besarkan & tegangkan payudara dengan gaya relaks & sihat.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp