fbpx

Punca Masalah Jeragat Mudah Timbul Yang Ramai Wanita Terlepas Pandang

Salam & hai.

Kami yakin anda tentu sedang mencari info tentang punca masalah jeragat, kan?

Kami akan hidangkan 6 faktor kenapa terjadinya jeragat yang menyebabkan anda rasa kurang selesa & yakin dengan penampilan diri.

Sebelum tu, mari kita kenali,

Pengenalan: Apa Itu Jeragat

Jeragat juga dikenali sebagai melasma

Ia adalah tompok-tompok gelap yang muncul pada kulit terutamanya bahagian muka.

Kebiasaan warnanya coklat atau kelabu gelap.

Disebabkan proses jeragat ni berkaitan dengan simbahan UV matahari,

maka ia selalu muncul pada pipi, hidung, mahupun dagu.

Malah anggota badan lain pun tak terkecuali seperti tangan, leher, dan lain-lain.

Satu sumber dari Akademi Dermatologi Amerika mendakwa, wanita lebih mudah dihinggapi jeragat berbanding lelaki.

Persoalannya, kenapa wanita senang kena jeragat ya?

Jawapannya ada di bawah nanti.

Punca Masalah Jeragat

Kali ni mari kupas satu persatu. jom!

1. Terdedah Sinaran UV Matahari Berlebihan

Cahaya matahari baik untuk kulit tetapi perlu berwaspada

Hasil penelitian kami, ini adalah faktor utama punca jeragat timbul.

Tak dinafikan, cahaya matahari mempunyai khasiatnya tersendiri.

Ia kaya dengan Vitamin D yang baik untuk kulit.

Tapi yang tu bila sesuai waktu pagi sahaja tau, sekitar 6.00 pagi hingga 9.00 pagi.

Namun, bila terdedah dengan sinaran uv matahari terlalu lama, ia meransang sel-sel kulit iaitu pigmen untuk menghasilkan melanin yang berlebihan.

Melanin yang berlebihan akan menyebabkan jeragat timbul melata di kawasan terdedah.

2. Perubahan Hormon Ketika Hamil

Tak semua wanita hamil alami jeragat

Bilakah masa hormon boleh berubah? Kebiasaannya ketika datang period & hamil.

Tapi paling ketara ketika hamil. Macam mana boleh berlaku?

Menurut sumber dari MedicineNet,

Semasa fasa hamil hormon badan sangat aktif lalu menghasilkan estrogen, progesteron & melanocyte-stimulating hormone (MSH).

Melanocyte adalah sel-sel yang ada dalam kulit yang menyimpan pigmen.

Apabila progesteron terlalu banyak terhasil maka ia mempengaruhi penghasilan melanin berlebihan.

Melanin yang terlalu banyak akan menjadikan kulit kita kusam & keluar tompok-tompok gelap.

Iaitu jeragat.

3. Perubahan Hormon; Menopos & Terapi

Rawatan hormon antara penyumbang jeragat

Ia masih lagi berkait dengan perubahan hormon cuma kita pergi lebih detail tentang situasi pasca menopos.

Ada sebahagian wanita yang ingin stabilkan hormon selepas menopos.

Maka antara kaedah yang dicuba adalah replacement hormon,

Iaiti penggantian hormon yang kurang.

Tambahan lagi info dari MedicineNet :

Pernah satu kajian mendapati bahawa wanita yang melakukan terapi penggantian hormon progesteron lebih mudah menerima jeragat jenis melasma.

Berbanding pula yang menggunakan estrogen, mereka kurang berisiko.

4. Produk Skincare Tidak Berkualiti; Antara Punca Masalah Jeragat

Produk kosmetik boleh menyebabkan jeragat?

Tak semua produk skincare tu bahaya.

Namun ada sebahagian produk skincare memberi kesan sampingan pada pengguna.

Macam mana boleh berlaku?

Produk tersebut menyebabkan kulit pengguna menghasilkan melanin berlebihan lalu timbullah jeragat degil.

Dalam erti kata lain, pengguna yang mempunyai kulit sensitif mudah berisiko menerima gejala ini.

Nasihat kami, sebelum beli pastikan anda semak & kaji kandungan produk tersebut, sesuai atau tidak dengan jenis kulit anda.

5. Terdedah Dengan Cahaya Gajet Terlalu Lama

Cahaya dari gajet boleh memberi kesan pada kulit wajah

Ada satu ulasan dari pakar dermatologi, iaitu Dr. Howard Murad, MD.

Beliau mendakwa, sinaran yang ada pada skrin handphone, tablet, & gajet bertindak sama seperti UV matahari.

Ia boleh mempangaruhi sifat kulit kita juga, lalu terhasil lah melanin yang menjadi punca jeragat timbul.

Tambah beliau lagi:

“Bila cahaya biru dari gajet terdedah terlalu lama pada kulit (khususnya pada muka, untuk jangka masa panajang ia boleh merosakkan kulit & sekaligus mempercepatkan proses penuaan kulit.

Malah kulit akan menjadi kusam, tona tak sekata & kedutan mulai muncul.”

Amacam, bahaya ke idok?

6. Faktor-faktor Tambahan Yang lain

Genetik; antara faktor jeragat

Selain tu ada juga punca-punca sampingan seperti:

Pengambilan ubat-ubatan terutamanya:

  • Anti-radang
  • Anti-malarial
  • Anti-psikotik
  • Pil perancang

Ia mempunyai kesan sampingan antaranya kemunculan jeragat.

Jika anda sedang mengambil rawatan yang perlu consume ubatan ni, jangan terus stop pula.

Bincang dulu dengan doktor untuk alternatif lain yang memudaratkan anda.

Genetik- kalau ada kalangan keluarga atau parent yang pernah alami masalah jeragat, kebarangkalian untuk anda dapat tu agak tinggi.

Persoalan: Boleh ke Jeragat Dirawat?

Rawatan kulit untuk atasi jeragat

Ini adalah petikan dari healthline:

Sebahagian wanita, jeragatnya boleh hilang dengan sendiri.

Selalunya kes macam ni disebabkan oleh faktor mengadung atau mengambil pil perancang.

Selain tu, penggunaan krim kulit khusus yang selamat juga boleh diamalkan untuk atasi gejala jeragat.

Ada juga yang berhasil dengan mengamalkan tips semula jadi dengan menggunakan bahan-bahan natural seperti herba, sayuran & sebagainya.

So, secara amnya Ya! Jeragat boleh dirawat.

Tapi ia tak bermakna akan hilang sepenuhnya bila anda berhenti guna atau amal seseuatu petua.

Ia boleh kembali lagi.

So make sure anda perlu amalkan gaya hidup sihat & elakkan diri dari terdedah dengan sinaran mathari terlalu lama.

Gunakan sunscreen untuk atasi masalah jeragat anda. Terdapat sunscreen yang berkualiti yang disyorkan.

Dapatkan juga khidmat nasihat dari pakara kulit (dermatologi) tentang rawatan yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Ada sesetengah orang kulit sensitif, so lain kulit lain kaedah yang sesuai.

Kesimpulan; Pentingnya Atasi Masalah Jeragat Degil

Kalau anda suruti dari 6 point atas, kebanyakannya berpunca dari faktor luaran.

Dalaman pula dipengaruhi oleh tahap kesihatan & hormon diri.

Walaupun jeragat tidaklah memberi kesan buruk yang ketara pada kesihatan diri, namun dari segi penampilan diri akan beri anda kurang selesa.

Dalam artikel akan datang, kita akan bincangkan tentang cara-cara hilangkan jeragat dengan bahan-bahan semulajadi.

Bahan-bahan diperlukan juga mudah dicari apatah lagi untuk dipraktis.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami tentang punca masalah jeragat.

 
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.