fbpx

10 Menu Makanan Untuk Anjalkan Payudara Yang Boleh Dicuba

Tahu tak anda, salah satu cara membesarkan payudara yang seronok adalah makan?

Ya, mesti anda setuju,kan?

Rata-rata rakyat malaysia sangat enjoy dengan pelbagai makanan yang ada di negara kita ni.

Makanan thai, cina, korea, arab….sebut je apa saja. Pasti melimpah ruah pilihan di hujung jari.

Oh ya, kembali topik kita.

Sebenarnya ada sebahagian makanan yang bukan sedap & berkhasiat,

Malah boleh membantu anda miliki bentuk payudara yang berisi penuh & mantap.

Sebab tu artikel kali ni kami nak share cara yang santai dengan koleksi resipi, makanan yang boleh anjalkan payudara anda.

Sama ada nak cuba masak sendiri atau order di kedai mahupun online, pilihan di tangan anda.

Cuma kami tak listkan secara detail apa bahan & cara memasak dalam artikel ni.

Sudah ada blog yang sediakan menu masakan tersebut, jadi kami akan bawakan anda ke website tersebut.

Ini juga salah satu cara kami menyokong para blogger masakan yang tak jemu berkongsi resipi yang sedap & berkhasiat.

Sebelum tu kita recap nutrient penting untuk besarkan payudara.

Nutrisi Asas Untuk Payudara

Kalau nak tahu, sebelum ni kami pernah kupas tentang 9 jenis makanan besarkan payudara.

Jadi kita akan recap secara ringkas di sini.

Secara asasnya, untuk dapatkan saiz payudara yang menarik anda perlu consume makanan yang mengandungi:

  • Protein – Untuk membina tisu otot dada.
  • Vitamin – Bertindak sebagai antioksidan; awet muda & pencegah kanser.
  • Lemak – Diperlukan untuk jadikan Breast lebih berisi & gebu.
  • Kalsium – Menguatkan tulang, (terutama bahagian dada).

hormon tambahan ini diperlukan untuk menyokong hormon yang ada di dalam badan.

Ia akan bertindak sebagai “booster”.

Mengawal & menambah kandungan hormon supaya seimbang.

Bila kandungan hormon badan kita dalam optimum, mudah untuk kencangkan payudara.

Proses ini berlaku secara semula jadi, hasilnya pun boleh bertahan lama.

Selagi anda amalkan diet seimbang secara konsisten.

Antara hormon tambahan:

  • Estrogen
  • Phytoestrogen
  • Progesteron
  • Flavanoid
  • Prolaktin
  • Hormon tumbesaran manusia (Human Growth Hormone)

Koleksi menu ini dipilih berdasarkan kriteria-kriteria bahan makanan yang sesuai untuk menambah saiz payudara.

Kerana ia mengandungi nutrient yang diperlukan, supaya berlaku pembentukan lemak & tisu otot baru di bahagian dada.

Anda bebas untuk kurang bersetuju dengan pilihan kami.

Tak nak buang masa, jom lihat senarai menu di bawah.

Kandungan Artikel

10 Menu Makanan Untuk Anjalkan Payudara Yang Boleh Dicuba

Klik gambar bawah kalau nak baca terus point-point yang anda ingin tahu

MENU 1
Daging Bakar

MENU 2
Bubur Lemak Daging Halba

MENU 3
Salmon Kukus

MENU 4
Ikan Tilapia Berlada

MENU 5
Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

MENU 6
Taugeh masak lemak

MENU 7
Nasi halba

MENU 8
Labu Masak Lemak

MENU 9
Lobak masak telur

MENU 10
Sayur Campur Udang

Menu 1

Daging Bakar

Daging adalah antara sumber protein yang utama dalam membina tisu otot.

Dalam konteks membesarkan payudara, ia meransang pertumbuhan  otot baru bahagian dada iaitu pektoral.

Bukan itu sahaja, pemgambilan protein yang cukup menjadikan kulit menjadi halus & kurang kendur.

Bayangkan, bila payudara anda terima khasiat dari protein; tentu akan jadi menarik, kan?

Menariknya menu ini, ia mengandungi jintan manis & hitam yg sesuai untuk besarkan payudara.

Untuk resipinya, boleh klik sini & baca info lanjut.

Menu 2

Bubur Lemak Daging Halba

Ini satu lagi menu berasaskan daging yang boleh dicuba.

Istimewanya, ia dilengkapi dengan halba yang juga herba yang selalu diguna dalam produk besarkan payudara.

Pendek kata, menu ni adalah kombinasi 2 bahan yang mantap!

Selain menambah saiz breast, halba juga berfungsi untuk melancarkan haid, memelihara rahim, & menambah kandungan susu badan.

Tak keterlaluan kami katakan; halba adalah herba yang faham dengan keperluan wanita yang inginkan kesihatan & kecantikan, sama luar mahupun dalam.

Nak tahu resipinya? Boleh teruskan bacaan di sini.

Menu 3

Salmon Kukus

Selain daging, ikan juga mempunyai sumber protein yang berkualiti tinggi.

Lebih-lebih lagi salmon, kerana ia kaya dengan Omega 3.

Menu ini sesuai bagi anda yang sedang berdiet kerana ikan salmon juga dipercayai boleh bantu menurunkan berat badan.

Selain itu Omega 3 juga baik untuk kesihatan mata, menguatkan tulang, & mengurangkan senggugut semasa haid.

Amcam, best tak?

Bagi yang nak cuba resipi salmon, layari page ni. Ada diterangkan bahan & cara memasak.

Menu 4

Ikan Tilapia Berlada

Bagi anda yang gemar ikan sungai, apa kata cuba satu lagi menu special ini.

Seperti salmon, tilapia juga kaya dengan omega3 yang berfungsi menguatkan imunisasi badan.

Tilapia juga berkhasiat untuk mengawal berat badan & mencegah masalah lemah jantung. Menarik, kan?

Dan semestinya, kandungan protein dalam ikan tialpia ini juga boleh membantu anda miliki bentuk payudara yang menawan.

Teringin nak masak untuk suami makan juga? Boleh cuba resipinya di sini.

Menu 5

Tempe Goreng Sambal Dengan Ikan Bilis

Ramai yang tahu, tempe adalah dari kacang soya yang telah diproses.

Bukan sahaja enak dimakan, sebenarnya tempe juga kaya dengan Isoflavon.

Apa tu Isoflavon?

Isoflavon merupakan fitoestrogen (hormon tambahan) yang ada pada beberapa tumbuhan kekacang.

Ia berfungsi sebagai antioksidan & meransang pembinaan hormon estrogen untuk besarkan payudara.

Malah tempe juga kaya dengan kalsium yang boleh menguatkan tulang.

Untuk dapatkan resipi tempe sambal ni, sila klik sini.

Menu 6

Taugeh masak lemak

Nak tahu yang menariknya pasal tauhu?

Kalau dalam masakan China & Jepun, bahan ni mesti ada. Mereka sangat melazimi tauhu dalam makanan harian.

Kerana “makanan dari sumber kacang soya” ni juga kaya dengan protein.

Sebenarnya ada lagi khasiat yang bagus tentang tauhu.

tauhu adalah sumber magnesium, tembaga, zink dan vitamin B1 yang baik.

Ia juga sesuai diamalkan bagi wanita yang mengalami menopos kerana tauhu turut mengandungi fitoestrogen soya.

Jadi, apa salahnya cuba menu ni, kan? Cer klik sini kalau nak try resipinya.

Menu 7

Nasi halba

Dalam menu ke-2 tadi kita dah sentuh sedikit tentang khasiat halba untuk payudara.

Dan kali kami tambah lagi sebab kenapa ia herba yang mesra wanita. Nak tahu lagi khasiat lain halba?

Secara ringkasnya, halba:

  • salah satu makanan barakah
  • Melancarkan haid
  • Mengurangkan gejala senggugut
  • Merangsang fungsi rahim
  • merampingkan perut

Tak ke best, tu? Makan-makan…badan sihat..body mantap!

Kalau anda teringin nak cuba resipi nasi halba ni, apa kata baca resipinya kat sini.

Menu 8

Labu Masak Lemak

Tentu anda tertanya-tanya, macam mana labu boleh bantu besarkan payudara? Pelik,kan?

Ini penjelasan kami;

Labu mengandungi beberapa khasiat yang boleh meransang hormon & pertambahan saiz payudara, iaitu:

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin B2
  • Vitamin E

Labu juga mengadungi elemen dalam jumlah kecil,  yang tidak kurang juga hebat:

  • Lemak
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Serat

Kombinasi ini melengkapi antara satu sama lain supaya ia menjadi salah-satu makanan yang juga berkhasiat untuk kebaikan breast anda.

Selain untuk payudara, labu juga kaya dengan vitamin A & betakarotin yg mebantu baiki kulit yg rosak. Hasilnya, kulit jadi halus, breast makin gebus.

Berita baik, labu juga boleh kawal nafsu makan. Bagi anda yg nak jaga badan, boleh cuba menu ni.

Menu 9

Lobak masak telur

Salah satu ciri makanan yang boleh membesarkan payudara adalah kaya dengan phytoestrogen.

Estrogen bukan hanya ada pada manusia, ia boleh datang dari sumber lain seperti lobak.

Lobak mengandungi phytoestrogen yang membantu untuk menambah & stabilkan hormon estrogen dalam badan.

Digabung dengan telur pula kaya dengan asid amino, ia menjadi pelengkap menu untuk perbaiki bentuk buah dada yang mesti dicuba.

Nak try? Jom baca resipi di sini.

Menu 10

Sayur Campur Udang

Makanan laut juga salah satu makanan yang boleh besarkan payudara.

Seperti udang, ia mempunyai manganese yang tinggi….ape manganese tuh?

Ok, manganese adalah mineral yang menyokong meransang hormon jantina (seks) wanita iaitu estrogen & progesteron.

Ini termasuklah organ peranakan, bahagian punggung, dan dada.

Jadi secara tak lansung, maganese ni juga boleh besarkan payudara anda, setuju?

Menariknya, brokoli juga salah satu makanan tambahan yang juga baik untuk menambah saiz cup anda.

Untuk resipi penuh, meh baca kat website says ni

Tips Tambahan

Perlu diingatkan, senaman adalah sebahagian cara untuk besarkan pyudara dari pelbagai cara lain.

Maka anda perlu amalkan teknik-teknik lain.

Kenapa nak kena tambah jugak?

Ok, sebabnya macam ni.

Saiz payudara bukan sahaja dipengaruhi oleh otot pektoral semata-mata.

Ia juga diliputi dengan lemak-lemak juga malmary gland yang ada sekitar dada.

Sebab itu ia menjadikan teksur payudara lembut, gebu, & kenyal.

Jadi, kalau anda serius nak dapatkan breast yang “perfect shape”,

Apa kata anda tambah dengan tips tambahan yang tak terlalu susah nak amalkan.

1. kawal pengambilan makanan membesarkan payudara.

Bila makan memang sangat seronok.

Tapi jangan lupa, kawal pemakanan anda. Jangan sampai obes pula.

Elok goals anda nak tambah saiz breast, berat badan pula yang bertambah.

Haru jadinya nanti.

Tapi kalau anda sayang nak atasi gejala ini, boleh balance dengan tips kedua pula.

2. Seimbangkan dengan senaman

Nak tak nak memang kena senaman kalau nak jaga berat badan.

Tak semestinya kena berjogging. Tentu bosan, kan?

Anda boleh lakukan pelbagai kaedah lain yang lebih menyeronokkan.

Berzumba, basikal, panjat gunung, berjalan, dan macam-macam.

Yang penting, keluarkan berkilo-kilo peluh & berjaya membakar kalori yang banyak.

Pada masa sama, lakukan senaman yang boleh besarkan payudara. Cara paling mudah adalah push up atau berenang.

Sihat dapat, breast pun makin padat.

3. Detoks; Supaya nutrient mudah diserap badan

Ia bertujuan membuang toksin dalam badan.

Seperti yang pernah saya share sebelum ni, toksin badan yang banyak boleh jadi punca tumbesaran payudara terbantut.

Kenapa? Ia menyekat segala nutrisi & khasiat makanan diperlukan masuk ke dalam badan.

Penting,kan? So jom mulakan detoks untuk sihat & cantik.

Salah satu detoks yang boleh dicuba adalah jus halia lemon.

4. Gunakan Krim Payudara

Kenapa perlu guna krim kalau dah ada makanan yg boleh besarkan payudara?

Tentu anda ada fikirkan soalan ni,kan?

Begini,

Dalam seharian kita makan, tak semuanya mengandungi nutrient yang khusus untuk tumbesaran payudara.

Dalam erti kata lain, nak besarkan payudara kena ransang fungsi hormon.

Kemudian hormon badan perlu stabil & optimum, barulah mudah nak build up breast yang shaped & firm.

Maka dengan penggunaan krim ia antara cara berkesan & mudah untuk ransang fungsi hormon.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
PERHATIAN: Jangan beli produk payudara dulu sebelum cuba teknik ini

Belajar Teknik Urutan Payudara Ini & Lihat Sendiri Perubahan Sebanyak 1cm Dalam 10 Minit!

Terbukti berkesan jika anda follow step macam dalam panduan yang bakal kami kongsikan

Percuma: 4 Step Panduan Urutan Payudara (Penerangan & Animasi)

Serius nak cantik? Nak pikat suami? Jadi lebih confident? Jangan tunggu lagi.
Isi nama & emel anda di bawah sekarang.