fbpx

39 Jenis Makanan Untuk Hilangkan Jeragat & Kecantikan Kulit Wajah

Ini mungkin cara yang menggembirakan bagi golongan foodie (penggemar makanan) iaitu cara hilangkan jeragat paling tak stress adalah dengan makan.

Tapi makan bukan sebarang makan,tau!

Ada nutrisi & diet khusus anda perlu pilih lalu consume supaya masalah pigmentasi kulit ini dapat dirawat.

Kali ni kita tekuni makanan berkhasiat yang boleh atasi masalah jeragat.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Jeragat juga dikenali sebagai melasma

Ada pihak berpendapat punca jeragat timbul bermula dari dalaman. Which is dari lapisan kulit paling bawah & di situ berlakunya masalah.

Justeru antara rawatan yang disyorkan juga secara dalaman iaitu dengan penjagaan makanan yang kaya dengan “antioksidan”.

Antioksidan boleh diperoleh dari sumber-sumber berikut:

  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Flavonoid
  • Beta-carotene
  • Lycopene
  • Selenium

Nutrisi Penting Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Kita akan pergi lebih detail tetang nutrisi penting & makanan yang kaya dengan zat tersebut.

Vitamin A; Baik Untuk Kecantikan Kulit

Antara vitamin yang boleh jadi “BBF” kulit anda. Jangan terkejut tau sebab vitamin A mempunyai ‘super power’ seperti:

  • Mengecilkan liang pori-pori kulit – kotoran pada kulit mudah dibersihkan & potensi jerawat menghinggap rendah.
  • Pelindung Kerandangan & Infeksi Kulit – Antioksidan yang ada dalam vitamin A mampu melawan radikal bebas. Radikal bebas ini yang jadi pencetus jeragat.
  • Memudarkan Kedutan & Garisan halus wajah – pendek kata boleh jadikan kulit awet muda 20an.
  • Pelindung UV Matahari – Secara automatiknya, ia mencegah berlakunya jeragat degil di muka.
  • Meningkatkan Penghasilan Kolagen – Ada kaitan dengan awet muda tadi sebab bila kolagen dalam badan cukup, ia mampu menganjalkan kulit tubuh. So kulit tak mudah kedut, gitu.

Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin A

1. Ikan Salmon
Separuh fillet mengandungi 229 mikrogram (mcg) = 25% nilai harian (Daily Value) per hidang.

2. Keju Kambing
1 hirisan keju mengandungi 115 mcg = 13% nilai harian (Daily Value) per hidang.

3. Mentega
1 sudu teh mengandungi 97 mcg = 11% nilai harian (Daily Value) per hidang.

4. Telur Rebus
1 biji mengandungi 74 mcg = 8% nilai harian (Daily Value) per hidang.

5. Keledek Manis(masak)
1 cawan mengandungi 1,836 mcg = 204% nilai harian (Daily Value) per hidang.

6. Lobak Merah
1 saiz sederhana mengandungi 392 mcg = 44% nilai harian (Daily Value) per hidang.

7. Bayam (mentah)
1 cawan mengandungi 141 mcg = 16% nilai harian (Daily Value) per hidang.

8. Mangga
1 saiz sederhana mengandungi 181 mcg = 20% nilai harian (Daily Value) per hidang.

9. Tembikai
1 potong (seperti atas) mengandungi 80 mcg = 9% nilai harian (Daily Value) per hidang.

Vitamin C; Elemen Utama Hilangkan Jeragat

Seperti vitamin A, vitamin C juga berperanan dalam pembentukan kolagen dalam tubuh. Satu perkara menarik tentang vitamin C adalah:

  • Mempercepatkan penyembuhan luka – Meningkatkan penghasilan kolagen lalu luka cepat jadi kering.
  • Mencegah Kulit menjadi kering – Menjadikan kulit menjadi lembap, glowing, & berseri-seri umpana bidadari.

Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin C

10. Cili Hidup Hijau
1 biji mengandungi 109 mg = 121% nilai harian per hidang.

11. Jambu Batu
1 biji mengandungi 126 mg = 140% nilai harian per hidang.

12. Kiwi
1 saiz sederhana mengandungi 71mg = 79% nilai harian per hidang.

13. Brokoli
1 1/2 cawan mengandungi 51 mg = 57% nilai harian per hidang.

14. Lemon
1 biji (termasuk kulit) mengandungi 83 mg = 92% nilai harian per hidang.

15. Laici
1 biji mengandungi 7mg = 7.5% nilai harian per hidang. Kalau consume sebanyak 1 cawan, boleh pergi sampai 151%!

16. Betik
1 cawan mengandungi 87mg = 97% nilai harian per hidang.

17. Strawberi
1 cawan mengandungi 89mg = 99% nilai harian per hidang.

18. Oren (Jenis Tangerine atau Limau Mandarin)
1 saiz sederhana mengandungi 70mg = 78% nilai harian per hidang.

Vitamin E; Pelindung Dari UV Matahari

Ada sesuatu menarik tentang vitamin E iaitu ia membantu menyingkirkan kotoran pada kulit wajah.

Ini disebabkan vitamin E mengandungi emolien iaitu agen pembersih efektif. Hasilkan muka tiada kesan cela, kulit jadi bersih & berseri.

Seperti A & C, vitamin E juga melindungi sinar UV matahari, melembapkan kulit & menghilangkan jeragat.

Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin E

19. Biji Bunga Matahari
1 ounce mengandungi 10 mg = 66% nilai harian per hidang.

20. Kacang Almond
1 ounce mengandungi 7.3 mg = 48% nilai harian per hidang.

21. Kacang Hazel
1 ounce mengandungi 4.3 mg = 28% nilai harian per hidang.

22. Daging Angsa
1 cawan mengandungi 2.4 mg = 16% nilai harian per hidang.

23. Kacang Tanah
1 ounce mengandungi 2.4 mg = 16% nilai harian per hidang.

24. Avocado
1/2 biji mengandungi 2.1 mg = 14% nilai harian per hidang.

Mangga
1/2 biji mengandungi 1.5 mg = 10% nilai harian per hidang.

Kiwi
1 biji saiz sederhana mengandungi 1 mg = 7% nilai harian per hidang.

25. Sotong
3 ounce mengandungi 1.0 mg = 7% nilai harian per hidang.

Flavonoid; "Mekanik Kulit"

Flavonoid adalah sebahagian dari kumpulan antioksidan. Fungsinya:

  • Membantu jadikan penyerapan vitamin C ke dalam badan lebih baik.
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak disebabkan oleh serangan radikal bebas.

Makanan Yang Kaya Dengan Flavonoid

26. Bawang Merah
27. Anggur

28. Pic

29. Buahan Berri

30. Tomato

31. Salad (lettuce)

Brokoli

Beta-carotene; Bukan Untuk Mata, Je!

Satu lagi nutrisi yang tinggi antioksidan. Walaupun beta-carotene sinonim dengan kebaikan untuk mata, ia juga penjaga kulit yang bagus!

Dan sebenarnya, beta carotene juga sebahagian dari vitamin A.

Makanan Yang Kaya Dengan Beta-Carotene

Lobak Merah
Keledek Manis

32. Aprikot

Brokoli

Cili (Merah ok, hijau pun ok)

33. Kacang Pis

Lycopene; Menghaluskan Kulit

Lycopene adalah pigment merah yang terhasil dari sebahagian buahan yang sudah masak.

Keistimewaanya adalah menjadikan kulit halus selembut bayi; kesan cela pada kulit makin pudar & hilang.

Makanan Yang Kaya Dengan Lycopene

Jambu Batu
Tembikai

Betik

34. Limau Gedang

Tomato segar

Selenium; Pelengkap Nutrisi Kulit

Dan last sekali, selenium. Khasiatnya pun tak kurang heba jugat kerana ia mengandungi antioksidan yang padu.

Makanan Yang Kaya Dengan Selenium

35. Daging Lembu
36. Ayam

37. Ayam belanda

Telur

38. Beras perang

39. Cendawan

Extra Tips Dari Pakar

Rawatan kulit untuk atasi jeragat

Tips ini dipetik dari pakar kecantikan US, Natasha St. Michael. Beliau banyak berkongsi tentang tips kecantikan khususnya penjagaan kulit.

Bagi mereka yang ingin mengamalkan diet sebagai disiplin diri untuk hilangkan jeragat, berikut adalah pesanan beliau:

1] Amalkan Makanan Yang Betul

Setiap makanan memberikan nutrient yang pelbagai kepada tubuh badan.

Selain menjadikan tubuh badan sihat, sebahagian diet ini membantu meningkatkan kualiti kulit supaya menjadi halus, anjal & bebas dari jeragat.

2] Elakkan Makanan Ringan

Bukan sahaja tidak berkhasiat, malah boleh memberi kesan seperti keradangan kulit.

Keradangan ini boleh menjadi pencetus berlakunya jeragat

3] Kurangkan Pengambilan Makanan Karbohidrat.

Tak dinafikan ia berguna untuk membekalkan tenaga seharian.

Namun pendapat beliau, gula yang ada dalam sumber ini boleh beri kesan tak baik pada paras hormon badan.

Gangguan hormon juga antara menjadi punca jeragat timbul.

Kesimpulan

Pelbagai pilihan diet anda boleh cuba.

Yang penting ianya padu dengan “antioksidan” yang mampu memberi manfaat pada badan secara keseluruhan.

Cuma pesanan kami, makanlah dengan sukatan yang betul.

Kadang-kala pengambilan berlebihan juga boleh beri kesan tidak sihat pada badan.

Mudah-mudahan perkongsian kali ini membantu anda dalam memilih cara hilangkan jeragat dengan kaedah pemakanan sihat.

Selamat mencuba!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.