fbpx

Kenali 5 Hormon Ini Untuk Miliki Payudara Montok & Anjal Yang Menjadi Idaman Suami

Tahukah anda, hormon adalah antara elemen penting untuk miliki bentuk payudara montok & anjal?

Bukan setakat saiz je, malah gebu & bulatnya “kembar” tersebut dipengaruhi oleh tahap keseimbangan hormon.

Kali ni kita akan ketahui jenis & peranan hormon badan yang terlibat dalam pembentukan payudara.

Ape lagi, moh le kite!

Peranan Asas Hormon

Hormon mainkan peranan besar dalam badan lebih-lebih lagi soal kesihatan & fungsi tubuh seharian.

Setiap kali perubahan hormon dalam badan berlaku ia memberi kesan pada perubahan fizikal manusia.

Seperti proses akli baligh; terdapat beberapa  hormon mula berperanan untuk membentuk fizikal & personaliti jantina individu.

Dalam pembentukan saiz & rupa bentuk payudara, ada 5 jenis hormon yang mempengaruhi buah dada wanita.

5 Jenis Hormon Mempengaruhi 'Aset Wanita'

Tak nak ulas panjang-panjang, jom kita kupas!

1) Estrogen; Penting Untuk Payudara Cantik

Kalau nak tahu, estrogen adalah hormon no.1 dalam menjadikan payudara cantik.

Boleh dikatakan “tulang belakang” untuk dapatkan bentuk yang bulat & gebu sehingga penuh memenuhi bra gitu.

Ini kerana estrogen adalah hormon utama (dominant) bagi setiap kaum hawa yang berfungsi membentuk organ seksual wanita.

Ia juga berperanan dalam membentuk kitaran haid setiap bulan yang menjadi “pencetus” kesuburan wanita.

Munculnya lemak-lemak pada bahagian punggung, paha, & payudara juga disebabkan oleh estrogen.

Estrogen bukanlah hadir sebagai 1 entiti sahaja. Ia muncul dari gabungan 3 sub hormon iaitu:

  • Estradiol
  • Estrone
  • Estriol

Dari kalangan 3 beradik “Es”, Estradiol paling menonjol & penting untuk mendapatkan payudara montok.

Bagaimana ia Berfungsi?

Estrogen lebih ‘bekerja keras’ semasa fasa akil baligh & hamil.

Ia terlibat dalam pembentukan payudara dengan menghantar signal pada bahagian tertentu pada badan.

Signal tu kemudian sampai di bahagian breast terutamanya kelenjar (gland), tisu, & saluran (duct) susu.

Kemudian berlakulah proses ransangan yang menyebabkan saiz buah dada wanita mula bercambah & subur secara semula jadi.

Hasilnya aset wanita ini menjadi gebu, pejal, & cantik bentuknya.

Cara Nak Seimbangkan Estrogen

Makanan seimbang & senaman boleh membantu anda stabil hormon no.1 wanita ini. Makanan yang disyorkan adalah:

  • Kekacang jenis lentils
  • Kekacang jenis pis
  • Oren
  • Strawberi
  • Pic

Perkara Perlu Dielakkan

Ini bagi anda yang mahu improve paras estrogen, ya.

Makanan yang perlu dielakkan:

  • Brokoli
  • Soya
  • Kobis

Elakkan juga senaman yang terlalu berat. Ia boleh menjejaskan paras estrogen.

2) Progesteron; Membantu Kesuburan Wanita

Progesteron pula hormon sekunder wanita yang tak kurang penting untuk menjadikan payudara indah.

Ia berganding bahu dengan estrogen dalam menyerlahkan rupa bentuk, saiz, & keanjalan “kembar” wanita.

Oleh kerana peranan nya juga boleh meningkatkan keupayaan perempuan untuk subur, progesteron juga dikenali sebagai “hormon hamil (pregnancy hormone)”.

Bagaimana ia Berfungsi?

Secara spesifik, progesteron terlibat dalam pembinaan tisu-tisu baru pada sekitar dada.

ini yang menjadikan payudara gebu teksturnya bila dipegang.

Cara Nak Seimbangkan Progesteron

Pengambilan makanan ini boleh membantu anda untuk meningkatkan paras hormon progesteron:

  • Kekacang jenis lentils
  • Kekacang arab (chickpeas)
  • Ikan salmon
  • Daging merah
  • Kacang gajus
  • Avocado
  • Brokoli

Selain tu, Supplimen seperti pil vitamin B6 turut membantu untuk dapatkan aras progesteron yang optimum.

Senaman ringan boleh merancakkan penghasilan hormon progesteron.

Perkara yang perlu dielakkan

Pengambilan makanan lemak yang berlebihan boleh menjejaskan keseimbangan hormon ini. Jadi kurangkan, ya.

3) Testosteron; Maskulin Untuk Feminin

Ramai yang tahu, testosteron adalah hormon yang dominan bagi lelaki. Ia menyerlahkan lagi sifat & fizikal kaum adam menjadi maskulin.

Sebenarnya, ‘hormon jantan’ ini juga diperlukan untuk besarkan buah dada.

Dalam erti kata lain, testosteron turut wujud dalam tubuh wanita tetapi ia dihasilkan dalam amaun yang kecil.

Iaitu dalam 3/10 Mg sahaja setiap hari.

Persoalannya,

Bagaimana Testosteron Membantu Dalam Pembentukan Payudara Montok & Pejal?

Sebenarnya, 75% kandungan dari testosteron ini akan bertukar menjadi estrogen tau!

Proses pertukaran ni dikenali sebagai “Aromatase”. Aromatase ni pula terlibat dalam penghasilan enzim yang dikenali “Enzim Aromatase”.

Fungsinya untuk menggalakan pertumbuhan sel-sel lemak sekitar badan.

Kemudian enzim ni akan yang push 75% testosteron tadi menjadi estrogen.

so, penghujungnya ia bersangkut paut juga dengan hormon dominan wanita untuk memantapkan “kembar” anda.

Cara Nak Seimbangkan Testosteron

Makanan yang disyorkan untuk stabil hormon ‘maskulin’ ini:

  • Delima
  • Tiram
  • Kelapa
  • Minyak zaitun
  • Bawang putih

Selain tu, pengambilan supplimen vitamin D juga membantu untuk seimbangkan hormon ini.

Manakala senaman yang efektif adalah menjurus kepada menurunkan berat.

Makna nya, jenis senaman yang berat adalah pilihan baik untuk balance testosteron.

Perkara Perlu Dielakkan

Makanan seperti:

  • Mint (seperti peppermint & seangkatannya)
  • Herba Licorices
  • Makanan berasaskan soya
  • Minuman alkohol

4) Prolaktin; Menggalak Penghasilan Susu

Satu lagi hormon penting untuk dapatkan payudara tegang & penuh ialah prolaktin.

Ia terhasil dari kelenjar pituitary yang berada pada otak manusia.

Kebiasaanya prolaktin muncul ketika hari pertama sewaktu fasa kitaran haid berlansung.

Disebabkan itu, sebahagian wanita akan perasan berlakunya perubahan saiz pada breast mereka.

Selain tu, prolaktin juga terhasil semasa fasa akil baligh & hamil.

Bagaimana ia Berfungsi?

Prolaktin memainkan peranan penting dengan meransang pertumbuhan sel-sel baru pada kelenjar susu (mammary glands).

Proses ini sering berlaku pada fasa akil baligh & hamil (macam dah disebut di atas tadi).

Ketika itu juga, kelenjar susu akan menghasilkan estrogen dengan amaun yang banyak lalu mempengaruhi penambahan saiz, tekstur & keanjalan payudara.

Bukan tu saja, prolaktin juga membantu untuk menjadikan susu ibu meriah!

Cara Nak Seimbangkan Prolaktin

Untuk mencantikkan paras prolaktin dalam badan, anda perlu mengambil makanan berserat tinggi seperti:

  • Kangkung
  • Bayam
  • Betik
  • Epal
  • Mangga
  • Nanas

Pengambilan supplimen vitamin D turut membantu keseimbangan prolaktin dalam tubuh.

Perkara Perlu Dielakkan

Simple; elakkan makanan yang tinggi lemak, makanan ringan (junk food) & senaman yang berat. Ia boleh menjejaskan kandungan prolaktin.

5) Hormon Pertumbuhan (Growth hormone)

Dan akhir sekali hormon pertumbuhan (growth); pelengkap 5 hormon dalam membentuk buah dada wanita.

Seperti prolaktin, hormon growth juga dihasilkan pada kelenjar pituitary.

Ia berfungsi dengan meransang tumbesaran sel-sel organ, tisu, tulang & sudah tentu untuk jadikan payudara montok & pejal.

Cara Hormon Growth Berfungsi

Hormon ini sudah lama berkhidmat dalam badan kita sejak dari kecil lagi & ia berterusan sepanjang hayat seseorang individu itu.

Namun jumlahnya akan makin berkurang apabila kita mula melangkau usia 30-an.

Dan pada usia 60-an, penghasilan hormon growth akan jatuh mendadak iaitu sebanyak 75%! banyak tu…

Ok, balik pada kaitan fungsinya dengan breast.

Semasa akil baligh atau hamil, estrogen dibantu oleh hormon growth untuk meransang tumbesaran payudara.

Ia akan push estrogen untuk bekerja lebih keras untuk menggalakkan tisu-tisu baru sekitar payudara.

Cara Nak Seimbangkan Hormon Growth

Amalkan makanan yang kaya dengan melatonin seperti:

  • Ceri
  • Pisang
  • susu
  • Oat

Selain itu, dengan mengurangkan kadar gula dalam diet seharian boleh menjadikan hormon growth kembali optimum.

Sebagai tambahan; senaman yang berat turut membantu untuk stabilkan hormon ini.

Perkara Perlu Dielakkan

Sama seperti prolaktin; elakkan makanan yang tinggi lemak & makanan ringan.

Perkara Penting Sebelum & Semasa Nak Stabilkan Hormon

Sebelum anda mulakan langkah awal, berikut adalah saranan yang boleh ditekuni:

Dapatkan Nasihat Doktor

Ini antara perkara penting sebelum anda nak mula.

Doktor akan beri panduan & nasihat tentang gaya hidup sihat yang boleh stabilkan paras hormon.

Ini termasuklah cara pemakanan, teknik senaman, dan sebagainya.

Cara ini lebih bagus daripada anda sekadar mendengar nasihat dari bukan ahlinya atau mencari info yang kurang pasti akan kesahihannya.

Clear? ok next pulak!

Lakukan Ujian Hormon

Satu lagi perkara penting adalah langkah ke-2 ini.

Dari situ anda boleh kenal pasti hormon mana yang kurang & selepas itu boleh dibaiki dengan cara yang sudah diterangkan untuk tegangkan & besarkan buah dada.

Apa cara sesuai untuk semak hormon?

Anda boleh cuba Saliva Test. Cara ini antara paling tepat untuk semak paras hormon badan.

Buat Jurnal Harian

Dalam erti kata lain anda perlu merekod perubahan saiz dari hari ke hari.

Simple tapi bermakna. Nak tahu kenapa?

Apabila anda menyimpan segala aktiviti dalam jurnal, di situ anda boleh semak & tahu perkembangan saiz payudara & aktiviti apa yang menjurus pada perkembangan tersebut.

Malah anda buat perancangan yang strategik demi merialisasikan hasrat hati. 

Ubah Tabiat Pemakanan

No pain, no gain! Jika anda penggemar junk food, kafien, inilah masa untuk anda kurangkan. Paling bagus berhenti.

Memang payah tapi jika keazaman anda kuat, pasti boleh dilakukan.

Ini bukan sahaja untuk jadikan breast mantap semata-mata, malah untuk kesihatan diri juga.

Bagi anda yang diet khusus untuk payudara, kami ada senarai 9 jenis makanan besarkan payudara untuk dibaca.

Lakukan Senaman Ringan

Kalau boleh elakkan senaman berat melainkan anda sedang jalani disiplin untuk turunkan berat badan.

Dan untuk cover balik, anda boleh cuba supplimen yang boleh membantu stabilkan hormon.

PERHATIAN: Jangan beli produk payudara dulu sebelum cuba teknik ini

Belajar Teknik Urutan Payudara Ini & Lihat Sendiri Perubahan Sebanyak 1cm Dalam 10 Minit!

Terbukti berkesan jika anda follow step macam dalam panduan yang bakal kami kongsikan

Percuma: 4 Step Panduan Urutan Payudara (Penerangan & Animasi)

Serius nak cantik? Nak pikat suami? Jadi lebih confident? Jangan tunggu lagi.
Isi nama & emel anda di bawah sekarang.

Penutup

Terima kasih kerana anda terus menelaah hingga destinasi akhir ini.

Kesimpulan yang boleh kami kongsikan;

Kepentingan menstabilkan hormon ini bukanlah semata-mata untuk dapatkan shape breast yang mantap.

Malah lebih dari itu.

Ia akan menjadikan tubuh badan menjadi sihat & penampilan anda bertambah menarik dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Pendek kata, mampu menjadikan anda awet muda!

Untuk mendapatkan hormon yang balance, jaga makan, beri keutamaan diet yang sesuai & rajin lakukan senaman sesuai.

Sumber asal artikel: A Quick Guide to Hormones for Breast Growth

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.