fbpx

Cara Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi Dengan Bahan Dapur

Setuju tak anda, jeragat boleh menyebabkan keyakinan diri seseorang itu rendah?

Ada satu kajian dibuat oleh International Journal of Women’s Dermatology.

Mereka mengkaji tentang kesan jeragat pada personaliti diri.

Keputusan dari tersebut, individu yang berjeragat mengalami masalah:

  • kurang keyakinan diri
  • Kurang kebebasan diri
  • Tertekan disebabkan rawatan yang tak efektif

Tentu anda pernah alami situasi ini seperti mereka.

Persoalannya, apa cara berkesan untuk atasi masalah jeragat ni?

Sebab tu kami hidangkan kepada anda, 7 pilihan cara hilangkan jeragat dengan bahan-bahan semula jadi.

kenapa Terjadinya Jeragat

Mula-mula kita recap dulu apa punca jeragat timbul.

Secara ringkasnya, jeragat berpunca dari sinaran UV matahari yang “menyengat” kulit secara berlebihan.

Semasa pancaran UV menjengah kat tubuh, kulit kita menghasilkan “melanin”.

Iaitu sekumpulan pigmen kulit yang berfungsi memberi warna pada kulit.

Tapi bila melanin dihasilkan secara berlebihan & kulit pula terdedah dengan sinaran UV, itulah berlakunya gelaja jeragat.

Ada juga faktor-faktor lain, kami pernah kongsikan tentang punca masalah jeragat di sini.

Kalau ada masa boleh baca lebih lanjut.

Next, kita nak pergi,

7 Cara Hilangkan Jeragat Dengan 'Bahan Dapur'

Punca kita dah tahu, sekarang masa untuk bertindak pula!

Ada pelbagai petua yang anda boleh cuba di bawah.

Pilih mana sesuai & seronok lepas tu amalkan sehingga kulit menjadi flawless. Insya-Allah…

Nota: Tak semua bahan ni kat dapur. Ada juga yang kena simpan peti ais kalau tak basi/rosak. Tapi biasanya peti ais pun kat dapur jugak, kan? 🙂

1] Cocoa Butter/Mentega Koko; Penghalang Kerosakan Kulit

Siapa sangka, cocoa butter boleh diguna untuk hilangkan jeragat anda, kan?

Persoalannya kenapa bahan ni dipilih sebagai method untuk jadikan kulit wajah cantik?

Ini kerana Mentega koko mengandungi kompaun bioaktif yang bersifat bioprotection.

Ia efektif untuk mengurangkan kesan UV yang menyebabkan kerosakan kulit sekaligus memudarkan kesan jeragat di wajah.

Cara Nak Guna Untuk Hilangkan Jeragat

  1. Mula mula sediakan 2 sudu cocoa butter.
  2. Sapukan di kawasan berjeragat.
  3. Lakukan urutan lembut pada kawasan sapuan tadi.
  4. Biarkan semalaman di muka sebelum bilas pada esok pagi.

Extra Tips: Amalkan petua ini sebelum tidur malam.

Cara ni tak perlu tiap-tiap hari sapu; cukuplah 2-3 kali seminggu sebagai amalan pembasmi jeragat secara semulajadi.

2. Kunyit; Melagonesis Punca Kulit Berseri

Nampak macam remeh tapi tahu tak anda, kunyit antara petua hilangkan jeragat yang banyak dikongsi di internet mahupun di sosial media?

Ini kerana para saintis mendapati kunyit mengandungi curcumin yang mana baik untuk kulit.

Lebih spesifik lagi, dalam curcumin ada melagonesis yang berpontensi untuk hapuskan jeragat degil.

Bagi pengamal petua tradisional, kunyit salah satu bahan dapur yang kaya dengan pelbagai khasiat untuk kecantikan luar dalam wanita.

So, macam mana nak guna?

cara hilangkan jeragat dengan kunyit

Kita perlu gabungkan dengan beberapa bahan lain:

1 sudu serbuk kunyit
1 sudu jus lemon

  1. Campurkan 2 bahan tadi gaulkan hingga sebati.
  2. Sapu kawasan bermasalah & biarkan ia kering.
  3. Akhir sekali bilaslah dengan air bersih.

Amalkan hanya sekali seminggu sahaja.

Peringatan: kalau kulit anda sensitf dengan lemon, dinasihatkan supaya tak cuba tips ni ya.

3] Madu; Mengurangkan Penghasilan Melanin Melampau

Selain dinikmati akan keenakkannya, madu juga antara bahan remedi yang sesuai untuk hilangkan jeragat.

Nak tahu kenapa?

Di dalamnya mengandungi kompaun flavanoid & phenolic.

2 kombinasi ni berfungsi untuk kurangkan penghasilan melanin yang melampau & seterusnya, anda pun tahu apa yang terjadi pada kulit.

Yang bercapuk kembali glowing & yang bertompok menjadi makin cantik.

Simple tapi khasiatnya padu! Sebab tu banyak produk kecantikan menggunakan madu sebagai asas.

Nak try guna madu untuk atasi jeragat?

Sekali lagi kita gabungkan dengan jus lemon. Lepas tu:

  1. Campur 2 bahan sampai sebati.
  2. Sapu kawasan yg ada problem tu.
  3. Biar selama 15-20 minit.
  4. Bilas muka sampailah bersih.

Untuk petua ni amalkan 2 kali seminggu je.

Peringatan: kalau kulit anda sensitf dengan lemon, dinasihatkan supaya tak cuba tips ni ya.

4. Cuka Epal; Mengandungi Asid Malik Untuk Kulit Wajah

Nak tahu kenapa cuka epal boleh menghilangkan jeragat?

Cuka epal kaya dengan Asid Malik (Malic Acid) yang boleh mengurangkan kawasan kulit yang gelap.

Seperti madu, Asid Malik juga antara elemen penting yang kena ada dalam mana-mana produk penjagaan kulit.

Jadi dalam petua ni kita akan combine dengan madu supaya hasil yang anda nak tu berganda-ganda efektif.

Bahan-bahan

1 sudu teh cuka epal
1 sudu teh madu

Cara nak beramal:

  1. Gabungkan 2 bahan tadi & kacau sampai sebati.
  2. Sapu kawasan yang berjeragat
  3. Biarkan selama 15 – 20 minit
  4. Bilas dengan air suam sampai bersih

Amalkan sekali sehari je untuk hasil yang anda inginkan. Mudah-mudah kembali berseri, aamiin

Ok, next….

5] Yogurt; Makanan Hilangkan Jeragat

Ini satu lagi makanan yang boleh diguna sebagai cara hilangkan jeragat.

Persoalannya…kenapa yogurt?

Ia mengandungi Asid laktid (Lactid Acid) yang boleh mengawal penghasilan melanin terlalu banyak & sekaligus mengurangkan pigmentasi yang berlebihan.

Dalam erti kata lain, yogurt boleh bantu anda nak atasi masalah jeragat degil.

Syok, kan? sambil makan yogurt sambil tu anda boleh “dap-dap” kat muka 😀

Tips guna yogurt:

  1. Sediakan 2-3 sudu teh yogurt.
  2. Sapu bahagian berjeragat.
  3. Ratakan dengan membuat urutan secara membulat.
  4. Pastikan urutan secara lembut.
  5. Biarkan selama 15-20 minit sebelum bilas.

Lakukan sekali setiap hari secara konsisten untuk hasil menggembirakan hati.

6] Lemon; Vitamin C Untuk Penjagaan Kulit

lemon-untuk-kulit

Kami yakin ramai yang tahu lemon kaya dengan sumber Vitamin C.

Bila sebut pasal Vitamin C sudah tentu ia sinonim dengan penjagaan kulit.

Ia boleh mengawal & melindungi kulit dari sinaran matahari yang melampau sekaligus mengurangkan penghasilan melanin berlebihan.

Bukan tu sahaja, Vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang berfungsi sebagai anti penuaan.

Hasilnya jeragat makin pudar, seri wajah makin menyerlah. Awet muda gitu.

Dah ready nak cuba tips ni?

  1. Perah lemon untuk dapatkan jus.
  2. Gunakan cotton pad untuk menyerap jus lemon.
  3. Sapu pada muka yang berjeragat.
  4. Biarkan kering sebelum dibilas.

Amalkan 2 kali seminggu.

Nota sisipan: Sambil-sambil tu cuba minum teh o lemon….sedap!

7] Terung; Bertindak Sebagai Anti Penuaan

terung-jeragat

Seperti lemon, terung juga bersifat antioksidan.

Ditambah dengan vitamin & phenolic, gabungan 3 unsur ini dipanggil “Photoprotective Properties”.

Fungsinya? Obviously untuk mencegah kulit dari keosakan yang berpunca dari sinaran UV matahari.

Bukan itu saja, sayur dikatakan bagus untuk mencegah diabetes

Tips Hilangkan Jeragat Dengan Terung

Sediakan sebijik terung yang segar.

  1. Potong bentuk hirisan
  2. Gunakan hirisan tadi untuk urut kawasan berjeragat.
  3. Lakukan massage secara membulat.
  4. Semasa massage biarkan lendiran terung meresap masuk dalam kulit.
  5. Dah setel, biarkan 15-20 minit sebelum bilas.

Petua ini sesuai diamalkan sekali sehari.

Selamat mencuba 😀

Kesimpulan

simpulan-jeragat

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain yang lebih cepat dari segi result seperti guna laser, skincare, dan lain-lain.

Cara ni sesuai bagi anda yang tak suka ambil risiko guna produk-produk yang belum tentu berkesan apatah lagi selamat.

Kalau anda suka cara natural dan tahu sumber yang diguna, boleh cuba cara ini.

Hasil keputusan bergantung pada individu & tips belum tentu sesuai pada orang lain sebab tahap sensitiviti kulit sesorang tu berbeza.

Justeru sebelum anda nak cuba petua-petua ni, dapatkan nasihat yang lebih pakar supaya ia tak memberi risiko pada kulit.

Mudah-mudahan perkongsian ini membantu anda dalam mencari cara hilangkan jeragat tanpa perlu treatment yang mahal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest

JEMARIMAS

Dibangunkan oleh Nirmala Global Network (002757403-X), website ini menyediakan tips kecantikan, kesihatan & gaya hidup wanita zaman milenia. Turut menawarkan produk-produk berkualiti yang berkesan lagi selamat diguna pakai untuk menambah nilai personaliti pengguna.

NIRMALA GLOBAL NETWORK 2020 © All Rights Reserved.